Kesusasteraan: Perbezaan antara semakan

325 bait ditambah ,  2 tahun lalu
k
Beri jelasan kepada kesusasteraan dari segi etimologi
k (Beri jelasan kepada kesusasteraan dari segi etimologi)
'''Kesusasteraan''' ([[Tulisan Jawi]]: كسوسسترأن) merujuk kepada hasil seni yang disampaikan melalui bahasa. Dari segi etimologi, kesusasteraan berasal daripada cantuman kata 'Su' dan 'Sastra' dalam [[Bahasa Sanskrit]] yang bermaksudnya karya yang indah dan berguna. Kedua-dua kata ini kemudian diberikan imbuhan ke-an bagi membentuk kata nama. Dari segi hurufiahnya, perkataan kesusasteraan bermaksud "kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya." Pada erti kata yang lebih luas, kesusasteraan boleh dimaksudkan sebagai segala pengucapan yang indah-indah, sama ada ia tertulis atau tidak.
 
Kesusasteraan pada lahiriahnya wujud dalam masyarakat manusia melalui bentuk tulisan dan juga wujud dalam bentuk lisan. Dalam kehidupan sehari-harian, kedua-dua bentuk kesusasteraan sememangnya tidak terpisah daripada kita. Misalnya, kita akan mendengar muzik yang mengandungi lirik lagu yang merupakan hasil sastera. Dan kita sendiri pula akan menggunakan pelbagai peribahasa dan pepatah yang indah-indah yang sebenarnya juga merupakan kesusasteraan.
 
==Rujukan==
{{reflist}}Ali Ahmad, Pengantar Pengajian Kesusasteraan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994.{{Authority control}}
{{reflist}}
 
{{Authority control}}
[[Kategori:Kesusasteraan| ]]
[[Kategori:Bahasa]]
4

suntingan