Puteri Yang Ditukar: Perbezaan antara semakan
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
||
Baris 37:
Namun, tiada seorang pun yang mengetahui akan rahsia yang tersembunyi di sebalik dua keluarga tersebut, dimana Zahira dan Amira telah ditukar sejak kecil.
Tiada siapa yang mengetahui dalang disebalik pertukaran itu adalah angkara Karim yang berdendam dengan Tuan Malik. Rahsia itu tersimpan kemas sehinggalah Aini mula menyiasat dan melakukan ujian DNA terhadap Amira dan Zahira tanpa pengetahuan mereka berdua. Aini juga berhasil memujuk Tuan Malik, Ihsan dan Farina untuk turut sama melakukan ujian DNA tersebut. Akan tetapi setelah ujian DNA tersebut keluar, Aini kemudian mati dibunuh. Manakala Karim yang menyaksikan pembunuhan Aini ketika itu kemudian mengambil kesempatan itu untuk menyembunyikan keputusan DNA tersebut. Kematian Aini membuatkan Zahira dan Tuan Malik mengalami tamparan hebat. Selepas kematian Aini, hubungan Tuan Malik dan Zahira menjadi renggang. Zahira tertanya-tanya niat ibunya untuk menemui keluarga Amira sebelum meninggal. Zahira sempat menyalahkan Amira diatas kematian ibunya, namun Tuan Malik memujuk Zahira bahawa kejadian tersebut adalah ketentuan Tuhan. Tuan Malik kemudian menemui klinik dimana Aini melakukan ujian DNA sebelum kematiannya. Akhirnya segalanya terbongkar apabila keputusan tersebut membuktikan bahawa Amira dan Zahira tertukar sewaktu lahir. Tuan Malik, Ihsan dan Farina sepakat untuk merahsiakan perkara tersebut sambil menunggu masa yang sesuai untuk memberitahu Amira dan Zahira. Karim dan Maria mula merancang untuk menjatuhkan Tuan Malik.
Miesya kemudian menemui Taufik lalu memberitahu bahawa Zahira dan Taufik pernah melakukan perkara sumbang dibelakangnya. Taufik kemudian memaksa Zahira untuk menceritakan hal yang sebenarnya namun Zahira tetap berdiam diri.
|