Bendera Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Adding {{pp-vandalism}} (TW)
Smim90 (bincang | sumb.)
→‎Sejarah: kemaskini fakta
Baris 27:
Untuk tujuan itu satu pertandingan bagi mereka bentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru pada tahun 1949. Pertandingan peringkat kebangsaan ini dianjurkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan disertai oleh 373 karyawan. Daripada sejumlah itu, tiga rekabentuk bendera baru bagi Persekutuan Tanah Melayu telah dipilih untuk ke peringkat akhir.
 
<gallery mode="packed" heights="100" width="180px">
Rekabentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima.
File:1949 Malaya Flag Proposal 1.svg|Cadangan bendera Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) pertama.
Rekabentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama tetapi 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi keris bersilang itu.
File:1949 Malaya Flag Proposal 2.svg|Cadangan bendera Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) kedua.
Rekabentuk ketiga ialah 11 jalur merah dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.
File:1949 Malaya Flag Proposal 3.svg|Cadangan bendera Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) ketiga, namun selepas perubahan pada masukan kanton biru dan jalur berwarna merah putih.
</gallery>
 
=== Pendapat umum diambil kira ===
Majlis Perundangan Persekutuan telah memberi peluang kepada orang ramai untuk memberikan pendapat kepada ketiga-tiga rekabentuk tersebut. Keputusan pendapat umum yang dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail itu telah disiarkan pada 29 [[November]] 1949. Keputusan akhir menunjukkan majoriti telah memilih rekabentuk ciptaan seorang arkitek kerajaan di [[Johor]] iaitu En. [[Mohamed bin Hamzah]].
 
JALURJalur GEMILANGGemilang yang dilihat sekarang sebenarnya wujud beberapa tahun sebelum negara merdeka. Sejarah sepintas lalu, merekodkan Bendera Persekutuan Tanah Melayu diilhamkan menerusi satu pertandingan mereka cipta bendera peringkat kebangsaan. Pertandingan dikelolakan Jawatankuasa Khas dan dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara ketika itu, Sir [[Alec Newboult]] dianjurkan bagi mencari lambang kewujudan kerajaan Persekutuan.
 
Pada 15 November 1949, Jawatankuasa ini mengemukakan 373 reka bentuk bendera kepada Majlis Perundangan Persekutuan untuk pertimbangan dan pemilihan. Daripada jumlah itu, tiga rekaan disenarai pendekkan membabitkan lambang keris bersilang dikelilingi 11 bintang pecah lima manakala rekaan kedua mempertaruhkan reka bentuk hampir serupa kecuali 11 bintang pecah lima membentuk dua bulatan mengelilingi keris bersilang.
 
Bagaimanapun, rekaan ketiga ciptaan arkitek '''Jabatan Kerja Raya Johor''', Mohamed Hamzah yang menampilkan sebelas jalur biru-putih dengan bulan bintang berwarna putih di bahagian tepi kiri mendapat pilihan majoriti dan perkenan Mesyuarat Majlis Raja-raja yang berlangsung pada 22 dan 23 Februari 1950.
 
=== Inspirasi ===
[[Fail:Flag of the British East India Company (1707).svg|right|thumb|Bendera Syarikat Hindia Timur Inggeris selepas tahun 1707]]
Bendera rekaan ketiga ini telah terinspirasi penuh daripada bendera rasmi [[Syarikat Hindia Timur Inggeris]], ini boleh dibuktikan dengan sebahagian besar elemen utamanya yang disusun pada lunas yang sama khususnya pada jalur merah putih dan kotak berwarna biru disisi sebelah kiri atas bendera.
 
Apabila bendera rekaan baru itu telah diteliti pada setiap bahagian kemasan reka bentuknya, setiap satunya membawa definisi yang signifikan seperti berikut:<ref>{{cite web|author1=Muhamad Razif Nasruddin|author2=Zarul Nazli bin Zulkhurnain|title=The History and Design Chronology of Jalur Gemilang|url=http://malaysiadesignarchive.org/documents/The%20History%20of%20Malaysian%20Flag%20Design.pdf|page=23|website=Malaysia Design Archive|publisher=Make Condition Design|date=2012}}</ref>
* merah, putih dan biru – membawa maksud Malaysia (sebagai sebuah negara baru yang hendak ditubuhkan) telah mempunyai perikatan wangsa diantara [[Negara-negara Komanwel]].
* lambang bulan sabit dan bintang pecah – membawa signifikan agama [[Islam]] sebagai agama Persekutuan, warna [[kuning]] sebagai simbol kedaulatan Raja-raja Melayu. Bintang pecah sebelas pula membawa maksud "perpaduan dan kerjasama" diantara kesemua negeri-negeri anggota dalam Persekutuan. Lambang bulan sabit dan bintang pecah menjadi asas perbezaan ketara berbanding bendera [[Syarikat Hindia Timur Inggeris]] yang menggunakan lambang salib dalam benderanya.
 
 
=== Reka bentuk terakhir dipilih ===