Ben Affleck: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Pengemasan.
Pengemasan.
Baris 19:
Selepas kemerosotan kerjaya, semasa beliau muncul dalam ''[[Filem Daredevil|Daredevil]]'' dan ''[[Gigli (filem)|Gigli]]'' (keduanya pada 2003), Affleck menerima pencalonan Golden Globe menerusi biopik noir ''[[Hollywoodland]]'' (2006). Filem sulung arahannya, ''[[Gone Baby Gone]]'' (2007), yang mana beliau turut menulis bersama, diterima baik. Beliau kemudiannya mengarah, menulis bersama dan berlakon dalam drama jenayah ''[[The Town (filem 2010)|The Town]]'' (2010). Untuk filem thriler politik ''[[Argo (filem 2012)|Argo]]'' (2012), yang mana beliau mengarah, menulis bersama dan berlakon, Affleck memenangi Anugerah Golden Globe dan BAFTA untuk Pengarah Terbaik, dan Anugerah Golden Globe, BAFTA, dan [[Anugerah Akademi untuk Filem Terbaik]]. Beliau berlakon dalam filem thriler psikologi ''[[Gone Girl (filem)|Gone Girl]]'' pada 2014. Pada tahun 2016, Affleck memegang watak [[Batman]] dalam [[DC Extended Universe]], berlakon dalam thriler aksi ''[[The Accountant]]'', dan mengarah, menulis dan berlakon dalam drama ''[[Live by Night]]''.
 
Affleck merupakan pengasas bersama Inisiatif Kongo Timur, sebuah pertubuhan bukan untungkeuntungan berasaskan pemberian dan sokongan. Beliau juga merupakan ahli [[Parti Demokrat (Amerika Syarikat)|Parti Demokrat]]. Affleck dan Damon ialah pemilik bersama syarikat penerbitan [[Pearl Street Films]]. Adik lelakinya ialah pelakon [[Casey Affleck]], dengannya telah bekerja di beberapa filem termasuk
''Good Will Hunting'' dan ''Gone Baby Gone''. Affleck berkahwin dengan pelakon [[Jennifer Garner]] pada tahun 2005; Mereka mempunyai tiga orang anak. Pasangan itu berpisah pada tahun 2015 dan memfailkan perceraian pada awal 2017.