Perbezaan antara semakan "Puteri Yang Ditukar"

Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Namun, tiada seorang pun yang mengetahui akan rahsia yang tersembunyi di sebalik dua keluarga tersebut, dimana Zahira dan Amira telah ditukar sejak kecil.
 
Tiada siapa yang mengetahui dalang disebalik pertukaran itu adalah angkara Karim yang berdendam dengan Tuan Malik. Rahsia itu tersimpan kemas sehinggalah Aini mula menyiasat dan melakukan ujian DNA terhadap Amira dan Zahira tanpa pengetahuan mereka berdua. Aini juga berhasil memujuk Tuan Malik, Ihsan dan Farina untuk turut sama melakukan ujian DNA tersebut. Akan tetapi setelah ujian DNA tersebut keluar, Aini kemudian mati dibunuh. Manakala Karim yang menyaksikan pembunuhan Aini ketika itu kemudian mengambil kesempatan itu untuk menyembunyikan keputusan DNA tersebut. Kematian Aini membuatkan Zahira dan Tuan Malik mengalami tamparan hebat. Selepas kematian Aini, hubungan Tuan Malik dan Zahira menjadi renggang. Zahira tertanya-tanya niat ibunya untuk menemui keluarga Amira sebelum meninggal. Zahira sempat menyalahkan Amira diatas kematian ibunya, namun Tuan Malik memujuk Zahira bahawa kejadian tersebut adalah ketentuan Tuhan. Tuan Malik kemudian menemui klinik dimana Aini melakukan ujian DNA sebelum kematiannya. Akhirnya segalanya terbongkar apabila keputusan tersebut membuktikan bahawa Amira dan Zahira tertukar sewaktu lahir. Tuan Malik, Ihsan dan Farina sepakat untuk merahsiakan perkara tersebut sambil menunggu masa yang sesuai untuk memberitahu Amira dan Zahira. Karim dan Maria mula merancang untuk menjatuhkan Tuan Malik. Manakala Miesya membuat rancangan jahat untuk mengenakan Zahira dan Arman lalu memberitahu Tuan Malik bahawa Zahira dan Arman telah melakukan perbuatan sumbang dibelakangnya. Tuan Malik yang terperdaya dengan kata-kata Miesya tersebut kemudian bertindak menjauhkan Zahira dan Arman lalu mengahwinkan Zahira dengan Taufik. Pada hari perkahwinan Zahira terbongkarlah rahsia bahawa Zahira adalah anak Ihsan dan Amira adalah anak Tuan Malik. Amira dan Zahira yang berasa tertipu kemudian bertindak menjauhkan diri daripada keluarga masing-masing. Kesempatan itu digunakan Maria untuk membuatkan Tuan Malik kembali padanya. Maria kemudian memberikan Tuan Malik sejenis dadah agar Tuan Malik sentiasa bersamanyamenurut kepadanya. Amira dan Zahira kemudian bertemu lalu membuat keputusan untuk kembali ke pangkuan keluarga mereka. Namun tanpa disangka Amira dan Zahira mengetahui bahawa Tuan Malik positif dadah disebabkan perbuatan Maria. Mereka kini sepakat untuk tidak akan membiarkan Maria mengganggu Tuan Malik lagi. Ihsan merasakan ada sesuatu yang pelik dengan kematian Aini dan mula mencari dalang disebalik kematian Aini.
Miesya kemudian menemui Taufik lalu memberitahu bahawa Zahira dan Arman pernah melakukan perkara sumbang dibelakangnya. Taufik kemudian memaksa Zahira untuk menceritakan hal yang sebenarnya namun Zahira tetap berdiam diri. Zahira disahkan hamil, namun kehamilan tersebut menambahkan lagi curiga Taufik terhadap hubungan Zahira dan Arman. Keaadan rumahtangga bertambah teruk apabila adik Rizwan, Fifi telah jatuh cinta kepada Taufik lalu berterusan menggoda Taufik. Keadaan tersebut dimanfaatkan oleh Miesya lalu memberitahu bahawa Taufik mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain diluar. Hal tersebut membuatkan Zahira mengalami tekanan lalu keguguran. Ihsan dan Fari meminta kebenaran daripada Tuan Malik untuk menjaga Zahira selepas mengetahui kejadian yang menimpa Zahira sebelum ini.
 
== Pelakon ==
Pengguna awanama