Headwind: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Eyedeal3108 (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Eyedeal3108 (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 48:
Pemain gitar utama Headwind, Zulkif telah menarik diri pada tahun 1990 untuk menumpukan kerjaya baharunya sebagai pemuzik undangan untuk [[Ramlah Ram]] dan [[kumpulan Blackrose]]. Zulkif juga sempat mengeluarkan dua album solo yang bertajuk ''Misteri, Air, Api dan Angin'' dan ''Imaginasi'' di mana kedua-duanya merupakan album eksperimentasi yang baik daripada Zulkif. Antara lagu yang popular daripada Zulkif ialah ''Dunia Sama Rasa'', instrumental ''Misteri, Air, Api dan Angin'' (lagu kontroversi yang ada persamaan melodi dengan lagu Gary Moore ''"Still Got The Blues"'') dan ''Suara Oh Suara'' (feat. Ajin Blackrose). Pada tahun yang sama, Headwind telah mengeluarkan album koleksi terbaik ke dua berjudul ''Headwind 2 - Lagu-Lagu Koleksi'' bagi mengimbangi kegagalan album ''Kembali''.
 
Zainal pula muncul dengan album solo pertama yang berkonsepkan ''World Music'' berjudul ''[[Zainal Abidin (album 1991)|Zainal Abidin]]'' di bawah label Roslan Aziz Production (RAP) pada tahun 1991. Hanya dengan satu album sahaja, nama Zainal terus sahaja menjadi sebutan apabila album yang hit dengan lagu ''Hijau'', ''Ikhlas Tapi Jauh'' dan ''Insaf'' mencatatkan jualan yang membanggakan bukan sahaja di Malaysia, malah lagunya turut diterima baik di luar negara. Penghasilan album yang sangat teliti dan bermutu tinggi menjadikan album beliau antara album terbaik yang pernah dihasilkan dalam sejarah muzik tanah air. Pengiktirafan album tersebut menjadikan Zainal Abidin sebuah nama yang masyhur jauh meninggalkan kumpulan lamanya, Headwind.
 
Pada tahun 1992, album koleksi ''Lagu-Lagu Karaoke Headwind'' pula diterbitkan. Album ''Headwind Remix'' pula diterbitkan pada tahun 1993 yang hanya mengandungi lima lagu hit iaitu ''Kita Serupa'', ''Hanya Di Radio'', ''Suraya'', ''Debu Liar'' dan ''Dalam Ingatan''.