Perbezaan antara semakan "Headwind"

8 bait ditambah ,  2 tahun lalu
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Pada tahun 1987, Headwind telah mengeluarkan album yang berjudul ''[[Bisikkanmu]]'' di mana lagu-lagu seperti ''Bisikkanmu'', ''Berakhirnya Satu Percintaan'' dan ''Kasihku Abadi'' turut menjadi hit. Pada tahun berikutnya, album ''[[Dalam Ingatan]]'' dikeluarkan dan mengandungi lagu-lagu yang cukup hebat seperti ''Dalam Ingatan'', ''Cinta Si Camar Putih'', ''Entah Ke Mana Berlari'' dan ''Debu Liar''.
 
== 1989-1993 : Cabaran Buat Headwind, Pengunduran Zainal & PerpecahanAlbum ''Kembali'' ==
Pada tahun 1989, Headwind telah mengeluarkan album yang berjudul ''Meditasi'' yang mengandungi lagu-lagu yang menarik seperti ''Biar Saja Berlalu'', ''Sejak Taufan Melanda'' dan ''Meditasi''. Namun, album ini tidak mendapat sambutan yang memberangsangkan ekoran keadaan ekonomi negara yang tidak menentu pada ketika itu.
 
Headwind yang agak terumbang-ambing berikutan ketiadaan penyanyi, cuba untuk meneruskan karier mereka dengan melakukan uji bakat untuk mencari penyanyi baharu. Melalui sesi uji bakat selama beberapa bulan, akhirnya mereka menemui seorang penyanyi kelab berpengalaman bernama Lionel Xavier. Mereka kemudiannya muncul dengan album berjudul ''Kembali'' untuk memberitahu peminat kembalinya Headwind dalam dunia seni tanah air. Selain penyanyi baru Lionel, Nicky Ooi, Kudin dan Zulkif turut menyumbangkan suara di dalam album tersebut. Banyak lagu-lagu menarik di dalam album itu, tetapi peminat masih merindukan suara Zainal. Maka, album Kembali telah dijadikan sebagai album studio terakhir Headwind. Kegagalan album itu menyebabkan Headwind semakin dilupakan.
 
== 1990-1993 : Perpecahan ==
Pemain gitar utama Headwind, Zulkif telah menarik diri pada tahun 1990 untuk menumpukan kerjaya baharunya sebagai pemuzik undangan untuk [[Ramlah Ram]] dan [[kumpulan Blackrose]]. Zulkif juga sempat mengeluarkan dua album solo yang bertajuk ''Misteri, Air, Api dan Angin'' dan ''Imaginasi'' di mana kedua-duanya merupakan album eksperimentasi yang baik daripada Zulkif. Antara lagu yang popular daripada Zulkif ialah ''Dunia Sama Rasa'', instrumental ''Misteri, Air, Api dan Angin'' (lagu kontroversi yang ada persamaan melodi dengan lagu Gary Moore ''"Still Got The Blues"'') dan ''Suara Oh Suara'' (feat. Ajin Blackrose). Pada tahun yang sama, Headwind telah mengeluarkan album koleksi terbaik ke dua berjudul ''Headwind 2 - Lagu-Lagu Koleksi'' bagi mengimbangi kegagalan album ''Kembali''.
 
3,638

suntingan