Headwind: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Eyedeal3108 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Eyedeal3108 (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 33:
 
== 1985-1989 : Pertukaran Anggota & Puncak Populariti ==
Setelah beberapa lama Headwind kembali bermain muzik di kelab mereka bekerja, pertukaran anggota berlaku di mana dua orang anggota mereka, Man Senoi dan Wan telah menarik diri daripada Headwind atas hala tuju dan komitmen masing-masingyang berlainan. Tempat mereka kemudiannya telah digantikan oleh Muhayudin Ramly atau Kudin, pemain keyboard yang berasal dari [[Long Pasia]], [[Sabah]]. Dengan penyertaan Kudin, Headwind mengambil keputusan untuk bergerak hanya lima orang sahaja.
 
Pada tahun 1986, Headwind muncul dengan album kedua berjudul ''[[Headwind 86]]'' di bawah label yang sama. Selain genre pop, Headwind juga menyuntik sedikit elemen rock dalam beberapa buah lagu untuk memantapkan lagi susunan muzik mereka. Album ini ternyata telah menaikkan nama mereka di persada seni tanah air dengan lagu-lagu hit seperti ''Segalanya Mungkin'', ''Hanya Di Radio'', dan ''Hati Tak Berpenghuni''. Sebuah lagu mereka dari album terdahulu, ''Keindahan Pelangi'' telah diubah judul menjadi ''Pelangi'' dengan susunan muzik yang baharu dan turut menjadi siulan ramai pada ketika itu.