Perbezaan antara semakan "Headwind"

Saiz tidak berubah ,  2 tahun lalu
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
 
== 1990-1993 : Perpecahan & Karier Baharu ==
Setelah album ''Kembali'' gagal di pasaran, Headwind cuba mengimbangi kegagalan album tersebut dengan mengeluarkan album koleksi terbaik kedua berjudul ''Headwind 2 - Lagu-Lagu Koleksi'' pada tahun 1990. Namun selepas album koleksi tersebut dikeluarkan, Zulkif menarik diri daripada Headwind untuk menumpukan kerjaya baharunya di [[Bertelsmann Music Group|BMG Music]] sebagai pemuzik undangan untuk [[Ramlah Ram]] dan [[kumpulan Blackrose]]. Zulkif juga sempat mengeluarkan dua buah album solo yang bertajuk ''Misteri, Air, Api dan Angin'' dan ''Imaginasi'' di mana kedua-duanya merupakan album eksperimentasi yang baik daripada beliau. Antara lagu yang popular daripada Zulkif ialah ''Dunia Sama Rasa'', instrumental ''Misteri, Air, Api dan Angin'' (lagu kontroversi yang ada persamaan melodi dengan lagu Gary Moore ''"Still Got The Blues"'') dan ''Suara Oh Suara'' (feat. Ajin Blackrose)''. Selain itu, beliau turut menjadi penerbit untuk album kedua [[kumpulan Teja]] yang diberi judul ''Laungan Suci'' pada tahun 1991.
 
Zainal pula muncul dengan album solo pertama yang berkonsepkan ''World Music'' berjudul ''[[Zainal Abidin (album 1991)|Zainal Abidin]]'', terbitan '''Roslan Aziz Production (RAP)''', syarikat rakaman milik [[Roslan Aziz]] dan label edaran '''[[Warner Music Malaysia|Warner Music]]''' pada tahun 1991. Hanya dengan album tersebut sahaja, nama Zainal terus sahaja menjadi sebutan apabila album yang hit dengan lagu ''Hijau'', ''Ikhlas Tapi Jauh'' dan ''Insaf'' mencatatkan jualan yang membanggakan bukan sahaja di Malaysia, malah lagunya turut diterima baik di luar negara. Penghasilan album yang sangat teliti dan bermutu tinggi menjadikan album beliau antara album terbaik yang pernah dihasilkan dalam sejarah muzik tanah air. Pengiktirafan album tersebut menjadikan Zainal Abidin sebuah nama yang masyhur jauh meninggalkan kumpulan lamanya, Headwind.
3,638

suntingan