Sangkar (filem): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 46:
}}
 
'''''Sangkar''''' merupakan sebuah filem drama aksi Malaysia 2019 yang diarahkan oleh [[Kabir Bhatia]] serta dibintangi oleh [[Remy Ishak]], [[Zul Ariffin]] dan [[Mira Filzah]] sebagai pelakon utama.<ref>Zaidi Che (3 Julai 2019). [https://stail.my/cerita/budaya/sinopsis-sangkar-zul-ariffin-remy-ishak/ Zul Ariffin dan Remy Ishak bertarung dalam Sangkar] STAIL. Dicapai pada 20 Ogos 2019.</ref><ref>Jessica Chua (17 Julai 2019). [http://www.rojakdaily.com/entertainment/article/7202/fists-up-malaysia-s-first-mma-film-sangkar-is-coming-soon Fists Up! Malaysia's First MMA Film 'Sangkar' Is Coming Soon] Rojak Daily. Dicapai pada 20 Ogos 2019.</ref>. Filem ini mengisahkan permusuhan dan penebusan antara dua orang atlet [[seniSeni bela diri campuran|MMA]] tempatan, serta perjuangan mereka demi maruah dan keluarga masing-masing.<ref>Najiy Jefri (23 Ogos 2019). [https://www.hmetro.com.my/rap/2019/08/488863/sangkar-buai-emosi Sangkar buai emosi] ''[[Harian Metro]]''. Dicapai pada 30 Ogos 2019.</ref>
 
Filem ini ditayangkan pada 29 Ogos 2019 di Malaysia, Singapura dan Brunei.
 
==Sinopsis==
Adam dan Johan merupakan atlet [[seni bela diri campuran|sukan bela diri campuran]] (MMA). Adam bersikap angkuh dan telah menang sebuah pertarungan dengan taktik kotornya. Mereka ialah musuh dan selalu bersaing. Suatu hari, apabila dicabar di luar sangkar, Adam secara tidak sengaja mencederakan Johan. Johan tercedera parah dan ahli keluarganya hilang punca rezeki dan harapan.
 
Untuk menebus kesalahannya, Adam kembali bertarung di pertarungan bawah tanah untuk mendapatkan habuan supaya dapat membantu Johan sekeluarga. Johan pula sedang bertarung dengan kesihatan dan pemulihan demi keluarganya. Pada saat ini, Adam mengingatkan tujuan diri sebagai pejuang MMA dan mengambil cabaran untuk berlawan dengan pejuang MMA antarabangsa.