Kerpasan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Jeluang Terluang (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Teg: Suntingan sumber 2017
Istilah Bahasa Indonesia hanya digunakan di id.wiki sahaja. Bukan di ms.wiki.
Baris 1:
[[Fail:MeanMonthlyP.gif|thumb|right|340px|Kerpasan min jangka panjang bulanan.]]
{{Weather nav}}
Dalam bidang [[meteorologi]], '''kerpasan''' atau '''presipitasi'''<ref group=nota>Digunakan terutamanya di Indonesia</ref> ialah hasil pemeluwapan [[wap air]] [[atmosfera]] yang ditarik ke bawah oleh graviti lalu termendap pada permukaan Bumi.<ref>{{cite web|author=Glossary of Meteorology|date=2009|url=http://amsglossary.allenpress.com/glossary/search?id=precipitation1|title=Precipitation|publisher=[[American Meteorological Society]]|accessdate=2009-01-02}}</ref> Bentuk-bentuk kerpasan utama termasuklah [[hujan]], [[salji]], gentilan ais, dan [[graupel]]. Kerpasan terjadi apabila atmosfera, iaitu sebuah [[larutan]] bergas yang besar, menjadi tepu dengan wap air lalu air itu memeluwap dan pecah larutannya (iaitu [[pemendakan]]).<ref>{{cite web|author=The Weather World 2010 Project|date=1999|url=http://ww2010.atmos.uiuc.edu/(Gh)/guides/mtr/cld/prcp/home.rxml|title=Precipitation: hail, rain, freezing rain, sleet and snow|publisher=[[University of Illinois]]|accessdate=2009-01-02}}</ref> Dua proses yang boleh berlaku serentak ini boleh menyebabkan ketepuan udara: penyejukan udara atau menambah wap air ke dalam udara. [[Virga]] ialah kerpasan yang mula bercurah ke bumi tetapi tersejat sebelum mencapai permukaan; begitulah salah satu cara terjadinya ketepuan udara. Kerpasan terjadi melalui pertembungan sesama titisan hujan atau hablur air batu dalam [[awan]].
 
Titisan hujan ada bermacam-macam saiznya, seperti titisan besar berbentuk lonjong seakan lempeng, mahupun titisan kecil berbentuk bebola halus. Kerpasan yang sampai di permukaan bumi boleh terjadi dalam pelbagai bentuk juga, termasuk [[hujan]], [[hujan sejuk beku]], [[hujan renyai]], [[jejarum ais]], [[salji]], [[gentilan ais]] atau hujan beku, [[graupel]] dan [[hujan batu]]. Hujan batu terbentuk dalam awan [[kumulonimbus]] apabila kekuatan alir naik udara menyebabkan batuannya berpusing berulang-alik dalam awan, sehingga menyebabkan ketulan hujan batu terbentuk berlapis-lapisan sehingga cukup berat untuk jatuh dari awan. Berbeza dengan titisan hujan, emping salji terbentuk dalam pelbagai bentuk dan corak yang ditentukan oleh ciri-ciri [[suhu]] dan [[kelembapan]] udara yang melalui oleh emping salji itu sehingga mendarat. Gentilan salji dan ais memerlukan suhu daratan berada hampir atau di bawah takat lebur, manakala hujan batu boleh terjadi dalam suhu yang lebih panas kerana proses pembentukannya. Kerpasan boleh terjadi di jasad samawi yang lain, cth. apabila suhunya makin sejuk, planet [[Marikh]] mengalami kerpasan yang cenderung berbentuk jejarum ais, berbanding hujan atau salji.<ref name="mars">{{cite web|author=Dr. Jim Lochner|date=1998|url=http://imagine.gsfc.nasa.gov/docs/ask_astro/answers/980403c.html|title=Ask an Astrophysicist|publisher=[[NASA]] [[Goddard Space Flight Center]]|accessdate=2009-01-16}}</ref>