Tentera Merah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 3:
'''Tentera Merah''' ({{lang-ru|Рабоче-крестьянская Красная армия, '''R'''aboche-'''k'''rest'yanskaya '''K'''rasnaya '''a'''rmiya}}; '''RKKA''', atau terjemahan penuhnya iaitu '''Tentera Merah Pekerja-Petani''') merupakan pasukan bersenjata pertama yang disusun oleh golongan [[Bolshevik]] semasa [[Perang Saudara Rusia]] pada tahun 1918 dan, pada tahun 1922, menjadi pasukan tentera darat untuk [[Kesatuan Soviet]].
 
"[[Merah]]" secara rasminya merujuk kepada darah [[kelas pekerja]] dalam pergelutan mereka menentang kapitalism, dan kepercayaan kepada kesamarataan. Nama "Merah" telah digugurkan pada [[25 Februari]] [[1946]], apabila simbol-simbol kebangsaan mengantikan semangat-semangat lama revolusi, dan ia kemudian dengan rasminya dinamakan semula sebagai '''[[Tentera Darat Soviet''']] (bahasa Rusia: Советская Армия, Sovetskaya Armiya). Tentera Merah secara beransur-ansur berkembang untuk menjadi pasukan tentera darat terbesar dalam sejarah sejak tahun 1940-an sehingga [[kejatuhan Kesatuan Soviet]] pada tahun 1991, walau bagaimanapun [[Tentera Pembebasan Rakyat]] [[Republik Rakyat China|China]] mungkin melepasi Tentera Merah dari segi saiz dalam beberapa ketika.
 
Rencana ini menumpukan unsur pasukan darat dari Tentera Darat Soviet, yang kemudian dikenali sebagai '''Pasukan Darat Soviet'''. Sila lihat [[Angkatan Tentera Soviet]] untuk perincian keseluruhan pasukan tentera bersenjata Soviet.