Kerpasan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Jadi tidak perlu menyatakan hanya terpakai di Indonesia
Baris 1:
[[Fail:MeanMonthlyP.gif|thumb|right|340px|Kerpasan min jangka panjang bulanan.]]
{{Weather nav}}
Dalam bidang [[meteorologi]], '''kerpasan''' atau '''presipitasi'''{{refn|group=nota|Ada digunakan dalam sesetengah konteks di Malaysia, namun dipakai terutamanya di Indonesia<ref>rujuk {{cite web|url=http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=presipitasi&d=286464&#LIHATSINI|title= 'presipitasi' - Istilah MABBIM|publisher=Dewan Bahasa Dan Pustaka|website=Pusat Rujukan Persuratan Melayu|access-date=9 Oktober 2019}}</ref>}} ialah hasil pemeluwapan [[wap air]] [[atmosfera]] yang ditarik ke bawah oleh graviti lalu termendap pada permukaan Bumi.<ref>{{cite web|author=Glossary of Meteorology|date=2009|url=http://amsglossary.allenpress.com/glossary/search?id=precipitation1|title=Precipitation|publisher=[[American Meteorological Society]]|accessdate=2009-01-02}}</ref> Bentuk-bentuk kerpasan utama termasuklah [[hujan]], [[salji]], gentilan ais, dan [[graupel]]. Kerpasan terjadi apabila atmosfera, iaitu sebuah [[larutan]] bergas yang besar, menjadi tepu dengan wap air lalu air itu memeluwap dan pecah larutannya (iaitu [[pemendakan]]).<ref>{{cite web|author=The Weather World 2010 Project|date=1999|url=http://ww2010.atmos.uiuc.edu/(Gh)/guides/mtr/cld/prcp/home.rxml|title=Precipitation: hail, rain, freezing rain, sleet and snow|publisher=[[University of Illinois]]|accessdate=2009-01-02}}</ref> Dua proses yang boleh berlaku serentak ini boleh menyebabkan ketepuan udara: penyejukan udara atau menambah wap air ke dalam udara. [[Virga]] ialah kerpasan yang mula bercurah ke bumi tetapi tersejat sebelum mencapai permukaan; begitulah salah satu cara terjadinya ketepuan udara. Kerpasan terjadi melalui pertembungan sesama titisan hujan atau hablur air batu dalam [[awan]].
 
Titisan hujan ada bermacam-macam saiznya, seperti titisan besar berbentuk lonjong seakan lempeng, mahupun titisan kecil berbentuk bebola halus. Kerpasan yang sampai di permukaan bumi boleh terjadi dalam pelbagai bentuk juga, termasuk [[hujan]], [[hujan sejuk beku]], [[hujan renyai]], [[jejarum ais]], [[salji]], [[gentilan ais]] atau hujan beku, [[graupel]] dan [[hujan batu]]. Hujan batu terbentuk dalam awan [[kumulonimbus]] apabila kekuatan alir naik udara menyebabkan batuannya berpusing berulang-alik dalam awan, sehingga menyebabkan ketulan hujan batu terbentuk berlapis-lapisan sehingga cukup berat untuk jatuh dari awan. Berbeza dengan titisan hujan, emping salji terbentuk dalam pelbagai bentuk dan corak yang ditentukan oleh ciri-ciri [[suhu]] dan [[kelembapan]] udara yang melalui oleh emping salji itu sehingga mendarat. Gentilan salji dan ais memerlukan suhu daratan berada hampir atau di bawah takat lebur, manakala hujan batu boleh terjadi dalam suhu yang lebih panas kerana proses pembentukannya. Kerpasan boleh terjadi di jasad samawi yang lain, cth. apabila suhunya makin sejuk, planet [[Marikh]] mengalami kerpasan yang cenderung berbentuk jejarum ais, berbanding hujan atau salji.<ref name="mars">{{cite web|author=Dr. Jim Lochner|date=1998|url=http://imagine.gsfc.nasa.gov/docs/ask_astro/answers/980403c.html|title=Ask an Astrophysicist|publisher=[[NASA]] [[Goddard Space Flight Center]]|accessdate=2009-01-16}}</ref>
 
Kesan [[pulau haba bandar]] juga menyebabkan hujan semakin lebat dari segi jumlah dan keamatan, mengikut angin di kawasan bandar. [[Pemanasan global]] juga menyebabkan perubahan dalam pola kerpasan seluruh dunia, termasuk keadaan yang lebih lembap di kawasan timur [[Amerika Utara]] dan keadaan yang lebih kering di rantau tropika. Kerpasan merupakan satu komponen utama dalam [[kitaran air]] yang berperanan memendapkan kebanyakan [[air tawar]] di Bumi. Kira-kira {{convert|505000|km3|mi3}} air tercurah dalam bentuk kerpasan setiap tahun; {{convert|398000|km3|mi3}} daripadanya di kawasan [[lautan]].<ref name="chow">{{cite web|author=Dr. Chowdhury's Guide to Planet Earth|date=2005|url=http://www.planetguide.net/book/chapter_2/water_cycle.html|title=The Water Cycle|publisher=WestEd|accessdate=2006-10-24}}</ref> Berdasarkan keluasan permukaan [[Bumi]], ini bererti bahawa kerpasan tahunan berpurata global adalah {{convert|990|mm|in}}. Sistem pengelasan [[iklim]] seperti [[pengelasan iklim Köppen|sistem Köppen]] menggunakan purata curahan tahunan untuk membantu membezakan pelbagai aturan iklim di dunia.
 
==Nota==
<references group="nota"/>
 
== Rujukan ==