Perbezaan antara semakan "Sejarah Malaysia"

Membetulkan kesalahan ejaan dan bahasa serta melengkapkan maklumat-maklumat
(Membetulkan kesalahan ejaan dan bahasa serta melengkapkan maklumat-maklumat)
== Zaman penjajahan ==
[[Imej:Merdeka.jpg|left|thumb|[[Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj|Tunku Abdul Rahman]] mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957
Penempatan terawal British di Malaysia bermula dengan pendudukan Pulau Balambangan pada tahun 1769 hasil perjanjian dengan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu. Manakala penempatan Selat Koloni DiRaja Britain diwujudkan pada 1826, dan Britain sedikit demi sedikit menyebarkan pengaruh dan kawalannya ke seluruh semenanjung. Penempatan Selat termasuk Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. Pada 1867, British menjadi semakin agresif dan mula mendapatkan negeri-negeri Melayu lain. Disebabkan oleh perang saudara dan gangguan persatuan sulit Cina, Britain telah dipilih untuk menyelesaikan masalah-masalah penduduk Negeri Selat. Akhirnya, Perjanjian Pangkor ditandatanganididatangni yang mengakibatkan perluasan kuasa Britain ke negeri -negeri Melayu (iaitu Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan yang dikenali juga Negeri-negeri Bersekutu). Negeri-negeri lain yang dikenali sebagai Negeri-Negeri Tidak Bersekutu ialah Perlis, Kedah, Kelantan, dan Terengganu yang berada di bawah kuasa Thai.
 
Di Borneo pula, Borneo Utara yang dahulunya berada di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu (sekarang Sabah) telah berada di bawah pajakan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British pada tahun 1881 sehingga 1946 apabila ia ditabalkan sebagai Koloni Diraja British. Manakala Sarawak menjadi milik keluarga Brooke sebelum detik itu.