Puteri Yang Ditukar: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 38:
 
Tiada siapa yang mengetahui dalang disebalik pertukaran itu adalah angkara Karim ([[Ijoy Azhari]]) yang berdendam dengan Tuan Malik. Rahsia itu tersimpan kemas sehinggalah Aini mula menyiasat dan melakukan ujian DNA terhadap Amira dan Zahira tanpa pengetahuan mereka berdua. Aini juga berhasil memujuk Tuan Malik, Ihsan dan Farina untuk turut sama melakukan ujian DNA tersebut. Akan tetapi setelah ujian DNA tersebut keluar, Aini kemudian mati dibunuh. Manakala Karim yang menyaksikan pembunuhan Aini ketika itu kemudian mengambil kesempatan itu untuk menyembunyikan keputusan DNA tersebut. Kematian Aini membuatkan Zahira dan Tuan Malik mengalami tamparan hebat. Selepas kematian Aini, hubungan Tuan Malik dan Zahira menjadi renggang. Zahira tertanya-tanya niat ibunya untuk menemui keluarga Amira sebelum meninggal. Zahira sempat menyalahkan Amira diatas kematian ibunya, namun Tuan Malik memujuk Zahira bahawa kejadian tersebut adalah ketentuan Tuhan. Tuan Malik kemudian menemui klinik dimana Aini melakukan ujian DNA sebelum kematiannya. Akhirnya segalanya terbongkar apabila keputusan tersebut membuktikan bahawa Amira dan Zahira tertukar sewaktu lahir. Tuan Malik, Ihsan dan Farina sepakat untuk merahsiakan perkara tersebut sambil menunggu masa yang sesuai untuk memberitahu Amira dan Zahira. Karim dan Maria mula merancang untuk menjatuhkan Tuan Malik. Manakala Miesya membuat rancangan jahat untuk mengenakan Zahira dan Arman ([[Ikmal Amry]]) lalu memberitahu Tuan Malik bahawa Zahira dan Arman telah melakukan perbuatan sumbang dibelakangnya. Tuan Malik yang terperdaya dengan kata-kata Miesya tersebut kemudian bertindak menjauhkan Zahira dan Arman lalu mengahwinkan Zahira dengan Taufik ([[Hafreez Adam]]). Pada hari perkahwinan Zahira terbongkarlah rahsia bahawa Zahira adalah anak Ihsan dan Amira adalah anak Tuan Malik. Amira dan Zahira yang berasa tertipu kemudian bertindak menjauhkan diri daripada keluarga masing-masing. Kesempatan itu digunakan Maria untuk membuatkan Tuan Malik kembali padanya. Maria kemudian memberikan Tuan Malik sejenis dadah agar Tuan Malik sentiasa menurut kepadanya. Amira dan Zahira kemudian bertemu lalu membuat keputusan untuk kembali ke pangkuan keluarga mereka. Namun tanpa disangka Amira dan Zahira mengetahui bahawa Tuan Malik positif dadah disebabkan perbuatan Maria. Mereka kini sepakat untuk tidak akan membiarkan Maria mengganggu Tuan Malik lagi. Ihsan merasakan ada sesuatu yang pelik dengan kematian Aini dan mula mencari dalang disebalik kematian Aini.
Miesya kemudian menemui Taufik lalu memberitahu bahawa Zahira dan Arman pernah melakukan perkara sumbang dibelakangnya. Taufik kemudian memaksa Zahira untuk menceritakan hal yang sebenarnya namun Zahira tetap berdiam diri. Zahira disahkan hamil, namun kehamilan tersebut menambahkan lagi curiga Taufik terhadap hubungan Zahira dan Arman. Keaadan rumahtangga Zahira dan Taufik bertambah keruh apabila adik Rizwan ([[Azrel Ismail]]), Fifi ([[Jasper Supayah]]) telah jatuh cinta kepada Taufik lalu berterusan menggoda Taufik. Keadaan tersebut dimanfaatkan oleh Miesya lalu memberitahu Zahira bahawa Taufik mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain diluar. Hal tersebut membuatkan Zahira mengalami tekanan lalu keguguran. Ihsan dan Farina meminta kebenaran daripada Tuan Malik untuk menjaga Zahira selepas mengetahui kejadian yang menimpa Zahira sebelum ini. Ihsan kini mengetahui bahawa Karim terlibat dalam pembunuhan Aini selepas menjumpai keputusan DNA didalam simpanan Karim. Manakala Tuan Malik berhasrat untuk menfailkan saman terhadap Maria selepas apa yang Maria telah lakukan kepadanya. Zahira menceritakan hal yang sebenarnya kepada Amira selepas Zahira tidak tahan dengan tuduhan Taufik terhadapnya. Taufik kini merasa putus asa untuk mempertahankan rumahtangganya dengan Zahira kemudian membuat keputusan untuk menceraikan Zahira kelak. Ihsan masih meneruskan siasatannya setelah dia yakin bahawa Karim terlibat dengan pembunuhan Aini. Maria disahkan menghidap kanser dan dia mengambil kesempatan itu untuk meraih simpati Tuan Malik namun Tuan Malik tetap dengan keputusannya untuk menyaman Maria. KarimZahira Dan Taufik akhirnya bercerai. Kesempatan ITU digunajan Arman untuk memenangi hati Zahira semula Dan ingun melamarnya sebagai isteri kelak Bekas orang suruhan Tuan Malik, Madun ([[Ako Mustapha]]) kini bebas daripada penjara dan dia berniat untuk membalas dendam terhadap Tuan Malik. Maria dan Madun merancang untuk membunuhmencelakakan Amira namun rancangan tersebut gagal apabila Amira berjaya diselamatkan oleh Rizwan. Manakala Miesya mencuba untuk memujuk Maria agar menghentikan untuk merancang menjatuhkan Tuan Malik setelahkerana dia merasasudah berasa putus asa untuk membalas dendam terhadap Tuan Malik. Mengetahui rancangan sebelum ini gagal, Madun kembali merancang untuk mengenakan Tuan Malik. Arman berusaha untuk memujuk Tuan Malik agar rahsiamerestui kelamnyahubungannya bakaldengan terdedahZahira.
 
== Pelakon ==