Rahimidin Zahari: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 33:
Menerima pendidikan rendah dan menengah [[Kelantan]]. Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Seni Halus dari [[Universiti Sains Malaysia]], dan Diploma Pengurusan Seni dari [[Universiti Malaya]]. Menulis dalam semua [[genre]] sastera dan menangi pelbagai hadiah untuk kesusasteraan di peringkat kebangsaan seperti Hadiah Penulis Muda Terbaik Cerpen Esso-Gapena, Hadiah Puisi Kebangsaan Shapadu-Gapena, Hadiah Puisi Kebangsaan Esso-Gapena, Anugerah Sastera Islam Darul Imam, Hadiah Puisi Islam Yayasan Pelajar, Hadiah Sastera Kelantan, Hadiah Utusan Exxon-Mobil, Hadiah Sastera Perdana, Anugerah Penghargaan Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) 2013<ref>[http://www.bharian.com.my/node/54802 Penerima anugerah MASTERA, Rahimidin Zahari meninggal dunia.]</ref>, dan banyak lagi.
 
Beliau telah menerbitkan 15 buah buku perseorangan dan lebih 60 buah kumpulan karya bersama penulis lain. Judul bukunya seperti Lakaran Kampung, Cempaka Putih, Pewaris, Wira Sekolah, Sekepal Tanah, Matahari Berdoa, Di Kebun Khatulistiwa, Zamok Iz Peska (Istana Pasir) - sebuah kumpulan puisi terjemahan dalam bahasa Rusia di [[Moscow]], Aksara, Perjalanan Salik, Rawana (dwibahasa Melayu-Inggeris) dan Perahu Fansuri. Dramanya yang pernah dipentaskan Muzikal [[Puteri Hang Li Po]], Suzana @60. Teater Tari Pentas, Muzikal Putra, Mahsuri, Rebab Berbisik, Dalang dan Bidan Ketujuh. Puisinya telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa dunia seperti [[bahasa Inggeris]], [[Russiabahasa Rusia]], [[bahasa Portugis]], [[bahasa Korea]], [[bahasa Arab]] dan [[Thailandbahasa Thai]].
 
Beliau wewakili negara ke Second Asean Writers Conference (1995), Festival Istiqlal (1995), International World Theatre Congres anjuran UNESCO (2005), Program Penataran MASTERA (2006) dan Korea-Asean Poets Literature Festival (2010), “The [[Makyung]] Spiritual Dance Heritage: Seminar And Performances”, di [[Bangkok]], Thailand (2011), “1st Asian Theatre Professionals Congress”, [[Chongqing]], [[China]] (2011) dan “ASEAN-KOREA Culture and Arts Forum (2012) Bukunya “Makyung: The Mystical Heritage of Malaysia” dilancarkan di [[Frankfurt]] International Book Fair (2010)
 
==Meninggal dunia==
Rahimidin Zahari telah dimasukkan ke Hospital Selayang selama lebih kurang seminggu sebelum dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh bagi menjalani pembedahan untuk menghentikan pendarahan di otaknya akibat serangan darah tinggi. Rahimidin Zahari meninggal dunia pada hari Khamis, kira-kira jam 4 petang, 14 Mei 2015 di Hospital Sungai Buloh, selepas tidak sedarkan diri sejak seminggu lalu akibat [[strok]]. Pengerusi Pena Dr [[Mohamad Saleeh Rahamad]] memaklumkan bahawa Rahimidin Zahari berhadapan dengan [[Koma (perubatan)|koma]] beberapa hari selepas menjalani pembedahan pendarahan otak akibat penyakit [[darah tinggi]]. <ref>[http://www.malaysiakini.com/news/298386 Sasterawan Rahimidin Zahari meninggal dunia]</ref>
 
==Rujukan==