Diploma: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Alexander Iskandar (bincang | sumb.)
k menghapuskan Kategori:Akademik (HotCat)
MrPutra02 (bincang | sumb.)
Ejaan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
 
Baris 1:
'''Diploma''' (dari [[bahasa Yunani|Yunani]] δίπλωµα. ''díplōma'', membawa pengertian "kertas berlipat") ia merupakan [[wikt:certificate|sijil]] ataupun [[ijazah]] yang dikeluarkan oleh sesuatu institusi pendidikan tertentu samadasama ada dari peringkat [[kementerian]], [[sekolah]] tinggi, [[kolej]], [[kolej universiti]] mahupun [[universiti]]. Penganugerahan pangkat akademik diploma adalah merupakan suatu pengesahan bahawa penerima telah berjaya menghabiskan pengajiannya dalam bidang-bidang pengajian akademik tertentu. Dalam negara-negara seperti [[United Kingdom]] dan [[Australia]], perkataan diploma merujuk kepada aras penganugerahan akademik. Perkataan [[diplomat]] dan [[diplomasi]] asalnya juga sama, dari suatu bentuk akreditasi "kertas berlipat" rasmi yang disampaikan kepada [[duta]] atau [[delegasi]].
 
Dalam sesetengah negara seperti UK dan Australia, sesuatu dokumen boleh dipanggil '''testimonium''' atau '''testamur''', [[Latin]] untuk membawa erti "kami perakui" atau "disahkan", dan perkataan ini sering digunakan dalam ayat pertama dalam sijil diploma tersebut. Dalam negara [[Republik Ireland|Ireland]], ia biasanya dipanggil sebagai '''parchment'''. Sijil dimana penerima [[Hadiah Nobel|Nobel]] menerima watikah penghargaannya yang juga dipanggil diploma.