Sultan Yahya Petra: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 40:
 
== Keputeraan ==
Diputerakan pada jam 4:00 petang, Isnin 10 Disember 1917 di Istana Kota Lama, [[Sungai Kelantan]], [[Kota Bharu]] dan merupakan putera kedua bagi [[Sultan Ibrahim Petra|Sultan Ibrahim IV ibni al-Marhum Sultan Muhammad IV]] dengan isteri ketiga baginda iaitu Che Puan Besar Cik Embong binti Daud. Tengku Yahya Petra menerima pendidikan agama semasa zaman kanak-kanak ketika baginda dibesarkan oleh ayahanda saudara Baginda, [[Sultan Ismail ibni al-Marhum Sultan Muhammad IV]]. Tengku Yahya Petra menerima pendidikan awal di [[Sekolah Francis Light]], [[Pulau Pinang]] ketika berusia 14 tahun. Selepas empat tahun menuntut di sekolah ini, Almarhum Sultan Ismail menghantar baginda menuntut di [[England]] pada [[1934]].
 
Baginda berkahwin dengan Tengku Zainab binti Tengku Muhammad Petra ketika berusia 22 tahun pada tahun [[1939]]. Pasangan diraja ini dikurniakan seorang putera dan lima puteri. Putera tunggal Tengku Yahya Petra dan [[Tengku Zainab binti Tengku Mohammad Petra|Tengku Zainab]] ialah Sultan Kelantan ke-28, Duli Yang Maha Mulia [[Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra|Sultan Ismail Petra]]. Lima orang puteri Baginda ialah Yang Mulia Tengku Merjan, Yang Mulia Tengku Rozan, Yang Mulia Tengku Salwani, Yang Mulia Tengku Rohani dan Yang Mulia Tengku Minasrul. Baginda juga berkahwin dengan Tengku Alexandrian binti Tengku Yusuf dan dikurniakan seorang putera iaitu Yang Mulia Tengku Mohammad Petra.