Ernst Lindemann: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Epyxx (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Epyxx (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 3:
Lindemann menyertai Tentera Laut Imperial Jerman (Jerman:[[Kaiserliche Marine]]) pada tahun 1913, dan selepas latihan ketenteraan asasnya, berkhidmat untuk beberapa kapal perang semasa [[Perang Dunia Pertama]] sebagai pegawai [[Telegrafi|telegrafi wayarles]]. Semasa berkhidmat di kapal SMS ''Bayern,'' dia menyertai Operasi Albion pada tahun 1917. Selepas Perang Dunia Pertama, dia berkhidmat untuk pelbagai kedudukan latihan senapang staf dan tentera laut. Selepas satu tahun tercetusnya Perang Dunia Kedua, dia dilantik sebagai komander untuk kapal perang Bismarck, yang pada masa itu merupakan kapal paling besar digunakan di seluruh dunia dan merupakan kebanggaan [[Kriegsmarine]] (Tentera Laut Jerman).
 
Pada Mei 1941, Lindemann mengendalikan Bismarck semasa Operasi Rheinübung. Bismarck dan kapal penjelajah berat Prinz Eugen membentuk pasukan petugas di bawah komando Laksamana Günther Lütjens di atas kapal Bismarck. Perintah telahadalah untuk keluar dari pangkalan mereka di [[Poland]] yang sudah ditakluk oleh [[Nazi Jerman]] danuntuk menyerang lorong perkapalan saudagar British di [[Lautan Atlantik|Lautan Atlantik.]] Penglibatan utama pertama pasukan petugas ialah [[Pertempuran Selat Denmark]] yang mengakibatkan tenggelam [[HMS Hood (51)|HMS Hood.]] Tidak lebih dari seminggu kemudian, pada 27 Mei, Lindemann dan kebanyakan anak kapalnya meninggal dunia dalam pertempuran terakhir Bismarck.
 
Dia dianugerahi Anugerah Knight Cross Iron Cross (Ritterkreuz des Eisernen Kreuzes), pada masa itu penghargaan tertinggi dalam pasukan ketenteraan dan paramiliter Nazi Jerman. Pingat itu disampaikan kepada jandanya, Hildegard, pada 6 Januari 1942.