Orang Sungai: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Penambahan kandungan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
YussufAwang (bincang | sumb.)
ejaan dam tambahan kandungan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 38:
- Mbah suruu kau (Pergi mana kau ).
 
Dari segi sosial, Orang-orang Sungai juga mempunyai perkembangan sosial ygyang boleh dibanggakan. Tarian Orang Sungai seperti Titikas, Karantikung, Mangalai Abai, Berunsai dan Tarian Gabang juga sering di persembahkan di majlis-majlis rasmi di Sabah. Peralatan muzik yang digunakan terdiri daripada Gabang Kayu, Kulintangan, Kapung dan Gong (Ada yang diperbuat daripada besi dan kayu). Kesenian dan kebudayaan Orang Sungai juga sudah mula diperkenalkan melalui program-program kesenian dan kebudayaan iaitu termasuklah dari segi pertandingan tarian (Folklore Festival) dan juga program "Cultural Exchange" ke luar negara. Malahan, tarian suku kaum Sungai, iaitu tarian Mangalai Abai telah memperolehi pengiktirafan dalam pertandingan Piala Dunia Tarian di Sitges, Barcelona pada tahun 2018 yang telah berjaya merangkul gelaran juara dalam pertandingan tarian antarabangsa tersebut.
 
Perayaan suku kaum sungai juga dikenali dengan nama "Pesta Damas". Walaupun suku kaum Sungai tergolong dalam kategori "Kadazandusun", perbezaan yang ketara dapat dilihat daripada simbolik perayaan yang mana kebanyakan kaum Kadazandusun dilihat lebih mengetengahkan "Penuaian padi" sebagai simbolik perayaan manakala suku kaum Sungai pula terkenal dengan simbolik perayaan yang berkait dengan "Sungai" terutama sekali sungai Kinabatangan. Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah pertandingan ratu cantik (Olingkat Rora'ah), perahu berhias, pertandingan nyanyian dan pertunjukkan perahu berhias. Pesta Damas selalu diadakan di dataran utama Sukau, Kinabatangan.