Tengku Muhammad Fakhry Petra: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Baris 73:
 
Abdul Wahab memerintahkan pemohon membayar kos RM25,000 kepada responden termasuk Sultan Kelantan Sultan Muhammad V. Panel yang turut dianggotai Hakim Datuk Rohana Yusof dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan itu selepas mendengar hujah peguam Datuk S.Ambiga yang mewakili Tengku Muhammad Fakhry Petra dan peguam Tan Sri Cecil Abraham bagi pihak Sultan Kelantan.<ref>[http://ww1.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130227/ma_12/Gugur-pewaris-takhta-Mahkamah-tolak-rayuan-Tengku-Fakhry#ixzz5COPLFk64 Gugur pewaris takhta Mahkamah tolak Tengku Fakhry]</ref>
 
Pada 9 Disember 2011, di Mahkamah Tinggi, Tengku Muhammad Fakhry Petra memfailkan saman RM100 juta terhadap [[Ketua Polis Negara]] kerana polis mengurungnya di [[Istana Mahkota]] [[Kubang Kerian]], [[Kelantan]] secara tidak sah pada 2009.Writ saman itu difaikan di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta, Kuala Lumpur oleh peguamnya Datuk Harpal Singh. Tuntutan saman sebanyak RM50 juta lagi dalam bentuk ganti rugi teladan dan teruk. Ketua Polis Negara ialah Tan Sri [[Ismail Omar]]. Pada 2009, ketika itu beliau mengambil kereta Bentley Brooklands atas permintaan [[Sultan Ismail Petra]] untuk membawa Sultan Ismail ke [[Singapura]].
 
Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof menetapkan 18 Januari 2011 untuk pengurusan saman terhadap akhbar [[Malay Mail]] dan menuntut RM50 juta kerana rencana mengaitkannya dengan kes tembakan terhadap pengawal istana Ramli Mohamed pada 1 Mei 2010. Peguam dilantik ialah AS Dhaliwal manakala Peguam Koh Chee Hong mewakili kesemua defendan.<ref>[http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tengku-muhammad-fakhry-saman-igp-tiga-lain-rm100-juta/ Tengku Muhammad Fakhry saman IGP, tiga lain RM100 juta]</ref>
 
Pada 17 Oktober 2014, di Mahkamah Tinggi, membatalkan saman dikemukakan Tengku Muhammad Fakhry Petra terhadap polis dan kerajaan atas dakwaan menangkapnya secara salah, selepas putera itu dan peguamnya gagal hadir di mahkamah. Hakim Datuk Nor Bee Ariffin membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan pihak polis dan kerajaan untuk membatalkan saman itu, dan memerintahkan Tengku Muhammad Fakhry membayar kos RM5,000 kepada semua defendan.
 
Peguam Kanan Persekutuan, Azizan Md Arshad dan Andi Razalijaya A Dadi yang mewakili defendan, memberitahu mereka meminta saman itu dibatalkan berikutan ketidakhadiran Tengku Muhammad Fakhry dan peguamnya yang baru dilantik apabila kes itu dikemukakan untuk pengurusan kes.<ref>[https://www.bharian.com.my/node/12155/ Mahkamah Tinggi batalkan saman Tengku Muhammad Fakhry terhadap polis]</ref>
 
==Habeas corpus mohon bawa Sultan Kelantan==