Perbezaan antara semakan "Ampang"

2 bait dibuang ,  1 tahun lalu
Pada asalnya, Ampang cuma meliputi kawasan sekitar:
 
Kampong Mengkudu, Kampong Desa Nirwana dan Kampung Pandan yang merupakan kawasan asal setinggan bagi perantau yang datang dari negeri luar seperti Kedah, Perak, Johor, Kelantan dan membina rumah setinggan dikawasan lombong sekitar tahun 1970-1980an yang kemudian ditukar menjadi kawasan perumahan kos rendah (Flat) dan rumah lot, pusat kommersial serta bangunan kedutaan berikutan saranan kerajaan untuk melaksanakan program sifar setinggan di sekitar lembah klang. Kawasan Ampang dahulunya berada dibawah seliaan Pejabat Daerah Hulu Langat bersama-sama kawasan Majlis Daerah Kajang (kemudian dinaik taraf dan dikenali sebagai Majlis Perbandaran Kajang) sebelum dipecahkan kawasan dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) ditubuhkan. Antara kawasan lain yang berhampiran ialah [[Kampung Baru Ampang|Kampung Pisang (kawasan sebelum dimajukan menjadi Pandan Indah) Kampung Baru Ampang]], [[Pekan Ampang]], [[Kampung Melayu Ampang]]. Kemudian Ampang mengalami perubahan pada sekitar 1980an hingga 1990an dengan perancangan bandar yang lebih dinamik sehingga terbukanya kawasan baru seperti [[Bandar Baru Ampang]], [[Taman Dagang]], [[Taman Nirwana]] dan [[Taman Ampang Hilir]]. Pada tahun 1990an hingga 2000, Kampung Pandan dan Ampang menjadi tumpuan warga asing (terutama daripada negara jiran yang kemudiannya menjadi penduduk tetap dan warganegara) untuk mendapatkan tempat tinggal kerana harga rumah yang berpatutan serta lokasinya yang berhampiran dengan bandar. Ketika ini juga lebuh raya MRR-2 dan kawasan perumahan mula dibina di kawasan bekas lombong dan setinggan Desa Nirwana dan Kampung Mengkudu yang kemudian berubah menjadi kawasan segi tiga emas yang terdiri daripada [[Taman Putra Sulaiman|Taman Ampang Utama, Taman Putra Sulaiman]], [[AmpangMamanda, PointAmpang]] (Mamanda), [[Taman Tun Abdul Razak]] (Taman TAR) dan [[Ampang Jaya]] di Kuala Lumpur. Nama Kampong Mengkudu kini diabadikan menjadi Jalan Mengkudu berhampiran dengan Taman Tasik Ampang. Manakala Kampong Desa Nirwana digunakan menjadi Taman Nirwana.
 
Kini Ampang dibahagikan kepada beberapa bahagian kecil seperti; [[Ampang Indah]], [[Ampang Mewah]], [[Ampang Permai]], [[Ampang Jaya]] dan [[Lembah Jaya]]. Ampang mempunyai taman-taman perumahan berikut: [[Mamanda, Ampang]], [[Taman Dagang]], [[Taman Cahaya]], [[Taman Cempaka]], [[Taman Melur]], [[Taman Cahaya]], [[Taman Saga]], [[Taman Bukit Indah]], [[Taman Kosas]], [[Taman Kesuma]], [[Taman Kencana]], [[Taman Rasmi Jaya]], [[Pandan Jaya]] dan [[Pandan Indah]].
 
Ampang juga sehingga kini telah berjaya meluaskan kawasan takluknya dibawah pentadbiran (MPAJ) sehingga ke [[Taman Bukit Mulia]], [[Taman Riverdale Park]], [[Taman Bukit Utama]], [[Taman Puncak Bukit Utama]], [[Taman Bukit Jaya]], [[Taman Bukit Mewah]], [[Taman Wangsa Ukay]], [[Taman Oakleaf]], [[Pinggiran Ukay]], [[Ukay Height]], [[Taman Kelab Ukay]], [[Taman Sri Ukay]], [[Baverly Hill]], [[Taman Jobina]], [[Taman Highland]], [[Taman Shuet Liang]], [[Taman Emas Ukay]], [[Taman Medan Damai]], [[Kampung Dato Keramat Tambahan]], [[Taman Keramat]], [[Taman Keramat Permai (AU1)]], [[Taman AU]], [[Bukit Antarabangsa]], [[Jelatek]], [[Zoo View]] (kawasan sekitar [[Zoo Negara]]), [[Taman Permata]], [[Taman Melawati]] dan sehingga ke [[Taman Maluri]].
10,341

suntingan