Peratusan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
[[Fail:Percent 18e.svg|right|100px]]
Dalam ilmu [[matematik]], '''peratusan''' ialah cara menyatakan nombor sebagai sebuah [[pecahan]] daripada [[100 (nombor)|100]]. Ia sering ditandai dengan [[tanda peratus]], ('''%''') - iatanda ini boleh dibaca menggunakan ungkapan '''''peratus''''' (bermaksud ''per seratus'') atau '''''persen'''''<ref>[http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=persen 'persen' - Maklumat Kata] (rujuk takrifan I) ''Pusat Rujukan Persuratan Melayu''. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai 26 Oktober 2019</ref> [pĕr-sén] (pinjaman {{Lang-en|percent}} akar {{Lang-la|per centum}}, atau singkatan '''persentase''' dipakai [[Bahasa Indonesia|di Indonesia]]<ref>{{Cite web|url=http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=persentase&d=286464&#LIHATSINI|title='persentase' - Istilah MABBIM|access-date=26 Oktober 2019|publisher=Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia|website=Pusat Rujukan Persuratan Melayu}}</ref><ref>{{Cite web|url=https://kbbi.web.id/persentase|title=Arti kata persentase|website=Kamus Besar Bahasa Indonesia Dalam Jaring|publisher=[[Badan Pengembangan Bahasa dan Perbukuan]]|access-date=26 Oktober 2019}}</ref>). Sebagai contoh, 45% (dibaca sebagai "empat puluh lima peratus") sama dengan 45/100 atau 0.45.
 
Peratusan juga digunakan untuk menjelaskan sebesar mana sesebuah kuantiti dibandingkan dengan kuantiti yang lain. Kuantiti pertama seringkali mewakili sesebuah bahagian atau satu perubahan pada kuantiti kedua, yang sepatutnya lebih besar daripada sifar. Sebagai contoh, pertambahan $0.15 pada satu barangan yang harga asalnya bernilai $2.50 ialah peningkatan sebanyak <math>0.15 / 2.50 = 0.06</math> Nilai ini dinyatakan di dalam bentuk peratusan sebagai peningkatan sebanyak 6%.