Hinduisme: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 9:
 
== Etimologi ==
Orang Aryan menyebut agama mereka sebagai Arya [[Dharma]] - agama orang Aryan. Mereka langsung tidak mengenal perkataan 'Hindu'. Perkataan [[Dharma]] dalam konteks ini bermaksud agama atau tugas-tugas agama. Orang Aryan juga memanggil agama mereka sebagai Manava [[Dharma]] yang bermaksud 'Agama untuk Manusia' iaitu agama ini bukan sahaja untuk orang Aryan tetapi untuk seluruh umat manusia. Satu lagi nama untuk agama ini ialah [[Sanatana Dharma]] - Agama yang Abadi, yakni agama mereka berasaskan kepada kebenaran abadi. Secara tidak langsung, agama Arya atau agama Hindu membawa maksud yang sama.
 
Salah sebuah negara yang berdekatan dengan India purba ialah Persia. Sungai Indus (Sindhu dalam bahasa Sanskrit) menjadi sempadan antara Persia dan Aryavarta (nama India purba). Orang Persia menyebut huruf 'S' sebagai 'H', maka Sindhu menjadi Hindhu. Demikian, agama penduduk India menjadi agama Hindu.
Baris 16:
 
== Pengasas ==
Salah satu ciri unik agama Hindu ialah ia tidak mempunyai pengasas. Ini mungkin berbunyi pelik kerana golongan [[Rishi]] yang menemui kebenaran abadi berfikir bahawa kebenaran yang mereka temui telah sedia wujud. Sama seperti hukum graviti yang telah wujud sebelum Newton menemuinya, Kebenaran telah sedia wujud. Seperti [[Isaac Newton|Newton]] menemui hukum graviti, golongan [[Rishi]] menemui Hukum Alam dan Tuhan. Pada hakikatnya, setiap manusia perlu mencari Tuhan dalam dirinya, maka agama Hindu tidak memerlukan pengasas. [[Swami Vivekananda|Swami Vivekananda]] menerangkan ini dalam Ucapan-Ucapan Chicago seperti ini: <blockquote>"Orang Hindu telah menerima agama mereka melalui wahyu Veda. Mereka menyatakan bahawa Veda tidak mempunyai permulaan dan penghabisan. Bahawa sebuah kitab tidak mempunyai permulaan dan penghabisan, mungkin kedengaran pelik. Namun, Veda bukan sebuah kitab. Veda ialah kumpulan khazanah hukum rohani yang ditemui oleh pelbagai orang pada masa berlainan. Hukum graviti telah wujud sebelum manusia menemuinya, dan ia akan terus wujud meskipun semua orang melupakannya. Hukum dunia kerohanian juga sama seperti ini. Perhubungan moral, etika dan rohani antara jiwa dengan jiwa, antara roh individu dan Roh Agung (Tuhan) telah wujud sebelum penemuannya dan ia akan kekal walaupun kita melupakannya..."<ref>http://vivekanandabio.blogspot.com/</ref> </blockquote>
Golongan Rishi juga menyedari bahawa Kebenaran Abadi berasal daripada Tuhan, iaitu Sumber yang mencipta segala-galanya. Oleh kerana Kebenaran Abadi atau [[Veda]] berasal daripada Tuhan, ia bersifat [[apauruseya]] - bukan buatan manusia.
Baris 295:
 
=== Penyembahan berhala ===
Masyarakat barat sering memandang masyarakat Hindu sebagai penyembah patung-patung. Ini sebenarnya tidak benar sama sekali. Masyarakat Hindu menyembah Tuhan dalam bentuk tertentu seperti imej berhala. Imej-imej seperti patung dan gambar ialah hanya pelbagai simbol-simbol keagungan dan kesaktian Tuhan. Dengan menggunakan simbol-simbol yang konkrit, orang Hindu cuba untuk berhubung dengan Tuhan atau Ishvara yang sukar difahami. Sama seperti sebuah foto seseorang ialah cuma gambaran orang itu dan bukannya orang itu sebenarnya, begitu juga dengan berhala Tuhan. Berhala hanya membantu seseorang Hindu untuk mengingati tentang kesaktian Tuhan. Berhala menjadi perantara Tuhan dan pemuja-Nya. Semasa bersembahyang, jika seseorang dapat mengingati Tuhan dan merasakan kehadiran-Nya dalam dirinya sendiri, sembahyangnya berakhir. Selepas itu, berhala tidak diperlukan lagi. Inilah sebabnya, orang Hindu sering meninggalkan berhala selepas bersembahyang dan melarutkannya dalam kolam atau sungai.
 
Nirguna Brahman (Realiti Mutlak) tidak mempunyai rupa. Sekiranya begitu, mengapakah agama Hindu menyediakan pelbagai bentuk penyembahan ritual? Persoalan ini telah dibangkitkan di ''Vishnu Dharmottara Purana'' oleh Vajra begini:
Baris 480:
Orang-orang lain pula tergolong dalam varna Shudra. Kumpulan ini termasuk golongan petani, pekerja mahir dan buruh kasar. Sesetengah sejarahwan percaya bahawa pada asalnya, golongan Shudra berasal daripada luar kelompok Aryan, tetapi kemudiannya diserap masuk ke dalam masyarakat Aryan.
* Sistem varna tidak diikuti oleh golongan rahib atau Sannyasin. Peraturan-peraturan masyarakat umumnya tidak mengikat golongan Sannyasin. Namun, semua golongan menghormati Sannyasin.
* Sesiapa yang mengingkari dharma Hindu terutamanya peraturan mengenai pemakanan, perkahwinan dan sebagainya, biasanya dianggap sebagai orang yang dibuang varna atau dikenali avarna (parya atau dalit).Kumpulan avarna seperti parya atau dalit ini sama maksud dengan bukan Hindu. Menurut Manu, penggubal undang-undang Hindu yang terkenal, “Seseorang daripada tiga kastavarna atasan iaitu Brahmin, Kshatriya dan Vaishya yang dengan sengaja memakan cendawan, daging khinzirlembu, bawang putih, ayam, bawang merah, atau bawang perai, akan dibuang kasta.”
* Seseorang yang dibuang kastavarna tidak akan mendapat status yang sama dengan orang-orang yang berkasta. Mereka diberikan status yang paling rendah dalam masyarakat Aryan. Namun, tiada sebarang bukti bahawa pada mulanya golongan ini ditindas. Hanya apabila sistem kastavarna mengalami kemerosotan, golongan ini mula dipandang hina dan diberikan nama “orang yang tidak boleh disentuh”.
 
==== Kemerosotan Sistem KastaVarna ====
* Pada mulanya, semua kastavarna diberikan kepentingan yang sama. Dengan peredaran masa, sistem kasta mula dicemari dengan kepentingan diri. KastaVarna seseorang mula ditentukan secara keturunan dan bukan lagi mengikut kualiti atau kecenderungan individu. Ini dilakukan oleh golongan tertentu yang ingin mengekalkan kedudukan dan keutamaan mereka dalam strata sosial. Akibatnya, sistem kastavarna merosot menjadi  sumpah masyarakat Hindu. Masyarakat mula dipisahkan dengan status ‘tinggi’ dan ‘rendah’. Golongan Shudra dan yang dibuang kasta mula ditindas dan dinafikan hak untuk membaca kitab suci Veda, dan semua pendidikan tinggi. Ketidaksamaan dalam masyarakat akhirnya mencetuskan kecemburuan, kebencian dan persengketaan antara kastavarna. Perubahan ini banyak berlaku semasa pencerobohan orang Arab dan pemerintahan Mughal.
 
==== Kesan Kedatangan Kuasa-Kuasa Asing terhadap Sistem KastaVarna ====
 
Dengan peredaran waktu, masyarakat Aryan mengalami banyak perubahan. Bermula dengan tahun 327 S.M., secara berulang kali, India dicerobohi oleh kuasa-kuasa asing termasuk Yunani, Hun, Arab, Turki, Afghan, Persia, Mongol, Portugis, Peranchis dan akhirnya Inggeris.
Baris 493:
 
Penaaklukan dan penjajahan berterusan ini telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap masyarakat Hindu. Akibatnya, masyakarat berubah, dan dengan ini sistem kasta turut berubah.
Pada masa pemerintahan Muslim di India, sistem Varna telah terjejas sepenuhnya. Jumlah golongan Avarna yang terbuang yang hanya kurang daripada 1% melonjak mendadak kepada 14%. Golongan ini kebanyakan akibat daripada penjajahan Islam. Mereka terpaksa menukar agama demi melepaskan diri daripada penindasan lanjut Islam yang mengenakan Jizyah dan lain-lain. Golongan Ksatriya dan Vaisha telah terhapus semasa penjajahan Islam. Manakala segelintir golongan Brahmin kekal dengan membayar jizyah, manakala majoriti jatuh menjadi kumpulan Shudra akibat penindasan penjajah.
 
Pada masa penjajahan Portugis perkataan Kasta dikaitkan dengan Varna demi menghina agama Hindu. Langkah ini dapat memberi ruang untuk pertukaran agama kepada Kristian. Pihak misionari menggunakan peluang daripada kumpulan Avarna ini untuk tujuan menyebarkan agama.
Pada zaman penjajahan Inggeris, golongan Brahmin mendapat peluang untuk mendapat pendidikan Inggeris. Dengan meninggalkan pekerjaan tradisional mereka sebagai sami dan pengajar, ramai orang Brahmin menjadi doktor perubatan, jurutera, peniaga, penjawat awam, dan peguam. Malah, ada juga golongan Brahmin yang memasuki perkhidmatan pertahanan. Golongan kasta atasan lain seperti Kshatriya dan Vaishya turut merebut peluang untuk mendapat pendidkan Inggeris dan menikmati peluang yang sama. Namun, nasib masyarakat bawahan dan miskin kekal atau semakin bertambah buruk.
 
Dengan peredaran zaman, sistem kastavarna telah hilang ciri-ciri asalnya. Sebaliknya, sistem kasta idea barat telah meresapi penduduk, menjadi satu anggapan salah tentang kedudukan kasta tinggi dan kasta rendah masih berleluasa. Ramai wali-wali Hindu mula mencemuh sistem kasta yang telah merosotdisalah tafsir dan dikait dengan agama Hindu dan enggan untuk mengikutinya. [[Ramanujacharya|Sri Ramanuja]], [[Sri Krishna Caitanya]] dan [[Sri Ramakrishna]] mengajar pengikut-pengikut mereka bahawa orang-orang yang beriman dan menyintai Tuhan tidak ada sebarang kasta.
 
=== Toleransi Umat Hindu ===
Baris 509 ⟶ 510:
* Menurut Chādogya Upanishad (7.26.2) kesucian makanan menentukan kesucian minda. Kesucian minda menghasilkan memori yang kuat untuk mengingati semua yang didengar dan dipelajari. Ini seterusnya membantu seseorang untuk mendapatkan ilmu untuk melepaskan dirinya daripada segala ikatan duniawi. Secara ringkas, makanan menguatkan badan dan minda.
* Menurut Dharmasastra, perbuatan memakan juga ialah suatu amalan agama dan beberapa hukum pemakanan diberikan.
* Menurut Manu, penggubal undang-undang Hindu yang terkenal, ''“Seseorang daripada tiga kasta atasan iaitu Brahmin, Kshatriya dan Vaishya yang dengan sengaja memakan cendawan, daging khinzirlembu, bawang putih, ayam, bawang merah, atau bawang perai, akan dibuang kasta.”''
* Oleh kerana makanan disanjung tinggi oleh Hinduisme, terdapat beberapa mantera untuk persembahan ritual makanan dan juga mantera untuk disebut sebelum makan.
* Anna Sūkta ('Mantera untuk makanan') dalam Ṛgveda Samhitā (1.187.1-11) ialah sebuah mantera yang harus dibacakan untuk menyucikan makanan. Menurut rishi Śaunaka (dalam Ṛgvidhāna 1-27), Anna Sūkta harus dibaca setiap hari sebelum makan. Bacaan mantera ini akan menyucikan makanan, menghapuskan sebarang kekotoran dalam makanan, dan memastikan makanan itu berkhasiat.
Baris 541 ⟶ 542:
==== Daging ====
* Sejak zaman [[Veda]], kepentingan utama telah diberikan kepada pemakanan orang Indo-Aryan. Bukan semua makanan adalah baik untuk perkembangan fizikal dan rohani manusia. Manu, seorang penggubal undang-undang purba telah memberikan dengan terperinci tentang makanan yang dibenarkan dan diharamkan.<ref>G.Bühler, trans., ''The Laws of Manu'' (The Oxford University Press, 1886) V/5-56 </ref> Nenek moyang orang Hindu pada zaman Hindu dibenarkan untuk memakan beberapa jenis daging. Namun, Manu menyarankan dan menggalakkan pemakanan vegetarian atas dasar tanpa kekerasan. Menurut Manu, "''Tidak ada dosa dalam memakan daging... tetapi banyak kebaikannya jika mengelakkan daging''."<ref>Ibid., V/56</ref> Namun, semua makanan, termasuk daging, mesti dipersembahkan kepada Tuhan sebelum makan.
* Satu persoalan yang sering wujud ialah sama ada masyarakat zaman [[Veda]] memakan daging lembu. TerdapatTiada alasan-alasanbukti yang kukuh untuk mempercayai bahawa masyarakat zaman [[Veda]] memakan daging lembu. Namun, lembuLembu tenusu tidak pernah disembelih. Seekor lembu tenusu dikenali sebagai ''aghnyā,'' yang bermaksud ''"sesuatu yang tidak harus dibunuh."'' Mengikut Garuda Purana, menendang seekor lembu merupakan dosa besar, malahan boleh menyebabkan dosa sesorang akan lahir cacat dalam kelahiran seterusnya, apa lagi mereka yang memakannya. Lembu merupakan haiwan kesukaan Tuhan Shiva, maka menyembelih atau memakan atau menyiksa lembu merupakan dosa besar. Sekumpulan penulis yang anti Hindu, cuba membuktikan bahawa masyarakat Hindu Veda pernah memakan daging lembu, ini ialah percubaan untuk menjustifikasikan sistem pemakanan agama mereka. Contohnya, menurut penulis ini, 'Hanya lembu jantan, anak lembu dan lembu mandul yang disembelih untuk dagingnya'.<ref>Kunhan Raja, ''The Cultural Heritage of India'', vol.1 (Calcutta, India: Belur Math), 39</ref>. Pada hakikatnya, memakan daging lembu merupakan kesalahan besar sehingga seseorang itu di buang daripada sistem varna jatuh menjadi avarna (parya).
* Mengapa masyarakat Hindu kini tidak memakan daging lembu? Beberapa cendikiawan berpendapat bahawa ini mungkin disebabkan oleh pengaruh agama Jain. Masyarakat Hindu kebanyakannya tinggal di luar bandar. Di hampir setiap rumah orang Hindu terdapat sekurang-kurangnya seekor lembu tenusu. Lembu tenusu di India adalah amat jinak. Kanak-kanak membesar dengan meminum susu lembu dan memelihara lembu sebagai binatang peliharaan, sama seperti anjing atau kucing peliharaan dalam masyarakat lain. Selain pantang-larang memakan daging lembu, ini juga salah satu sebab mengapa orang Hindu tidak dapat berfikir untuk menyembelih lembu dan memakan dagingnya. Selain itu, orang Hindu juga sering mengelakkan daripada membunuh semua haiwan betina.
* Adakah lembu seekor binatang suci? Segelintir orang barat berpendapat bahawa orang Hindu tidak memakan daging lembu kerana menganggapnya sebagai binatang suci. Menurut agama Hindu, Tuhan wujud dalam segala-galanya. Meskipun Tuhan wujud dalam segala-galanya, manifestasinya tidak sama dalam semua benda. Manifestasi Tuhan dalam seorang wali atau Jelmaan Tuhan adalah lebih kuat. Manifestasi Tuhan adalah kurang dalam manusia biasa, dan tidak ketara dalam binatang, tumbuh-tumbuhan dan hidupan lain. Manifestasi Tuhan paling kurang dalam benda-benda bukan hidup seperti batu-batan. Maka, Tuhan sesungguhnya wujud dalam lembu juga. Jika tidak, ini akan bertentangan dengan idea bahawa Tuhan ialah Maha Wujud. Jika Tuhan Maha Suci, maka segala-galanya juga suci.
Baris 548 ⟶ 549:
 
=== Asal-usul ===
* Pada zaman [[Veda]], masyarakat Hindu menyembah Tuhan dengan melakukan yagna dengan menggunakan api ( Dewa Agni) sebagai symbol-Nya. Di kawasan terbuka, mereka membina pentas, menyalakan unggunyagna api, dan melakukan persembahan dan korban ke dalam api. Mereka tidak memerlukan kuil untuk bersembahyang. Untuk keperluan duniawi, masyarakat Hindu membina kuil untuk memudahkan upacara ritual. Kuil-kuil di bina berdasarkan Peraturan Agama (Agamic Rules), Vastu Sastra dan Shilpa Sastra. Memudahkan seseorang untuk melihat 'Tuhan' secara rohaniah.
* Pertikaian masih wujud antara sejarahwan tentang permulaan kuil dalam masyarakat Hindu. Kemungkinan besar, kuil-kuil awal dibina dengan tanah atau kayu. Oleh itu, tentu kuil-kuil ini tidak dapat bertahan lama. Kemudian, bahan-bahan yang tahan lasak seperti batu-batan digunakan untuk membina kuil. Menurut suatu pendapat, kemungkinan besar, pembinaan kuil bermula pada kurun pertama Masihi.
* Kuil-kuil Hindu biasanya dibina di tempat-tempat yang indah seperti tebing sungai, bukit-bukau, tepi tasik atau berhampiran laut. Terdapat juga kuil-kuil gua yang dibina dengan mengorek bukit.