Pengepungan Constantinople (717–718): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 26:
Khalifah Muawiyah bercita-cita ingin menguasai kota [[Constantinople]]. Tentera Laut Islam telah melancarkan serangan dari tiga arah. [[Tarsus (bandaraya)|Tarsus]], [[Smyrna]] dan [[Rhodes]] telah ditawan oleh tentera Islam. Tentera Islam telah menjadikan ia sebagai pangkalan untuk merencanakan serangan pada masa akan datang. Pada tahun 674, tentera Arab telah menguasai [[Cyzicus]], yang hanya terletak 100 kilometer jauhnya dari Constantinople. Peristiwa yang berlaku antara tahun 674 dan 678 diselubungi misteri dengan beberapa sumber mendakwa bahawa Constantinople telah [[Pengepungan Constantinople (674–678)|dikepung]] secara berterusan oleh tentera Islam. Sementara yang lain berpendapat ia hanyalah satu siri serbuan. Tambahan lagi, tentera Byzantin telah menggunakan senjata [[api Yunani]] buat kali pertama untuk memusnahkan armada Arab. Pada tahun 678, tentera Byzantine mendarat di Syria dan mencetuskan pemberontakan yang didalangi oleh masyarakat Kristian setempat. Hal ini telah memaksa khalifah untuk menandatangani perjanjian damai dan membayar jumlah simbolik bagi membaik pulih hubungan dengan Byzantine pada tahun 679.
 
[[File:Asia Minor ca 740 AD.svg|thumb|250px|Peta Asia Kecil dan Thrace pada awal abad ke-8]]
Sementara itu, peperangan berlaku di antara bangsa [[Bangsa Bulgaria|Bulgar]] dan [[Bangsa Khazar|Kazar]] di kawasan Caspia dan bangsa Bulgar terpaksa berpindah. Bangsa Bulgar yang dipimpin oleh [[Asparukh]] telah menetap di sekitar [[Sungai Danube]] antara tahun 674 dan 678. Setelah sempadan timur Byzantine telah selamat, Maharaja [[Constantine IV]] telah mewujudkan kekuatan tentera untuk berarak dan bertembung dengan ancaman baru oleh bangsa Bulgar ini. Puak Bulgar telah mengambil posisi di tempat yang bernama Ongal di [[Delta Danube|Lembah Danube]]. [[Pertempuran Ongal|Pertempuran]] akhirnya bermula. Selepas tiga hari bertempur, Maharaja Byzantine meninggalkan tentera kerana mungkin untuk menghadiri [[Persidangan Constantinople Ketiga]]. Apabila Asparukh melihat beberapa tentera musuh memutuskan untuk meninggalkan pertempuran itu, beliau mengambil peluang ini untuk menyerang tentera Byzantine yang ingin berundur. Tentera berkuda Bulgar menyerang mereka sepanjang laluan sehingga di Edersos, atau panggilan moden pada hari ini ialah [[Varna]]. Byzantine menanggung kerugian yang tinggi dan pada tahun berikutnya, mereka telah menandatangani perjanjian damai. Perjanjian tersebut telah menjamin sempadan [[Empayar Bulgaria Pertama|Bulgaria]]. Malah, Maharaja Byzantine turut bersetuju untuk membayar ufti tahunan kepada puak nomad yang terus menetap di situ.