Doujutsu (Naruto): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Zone XCLR8 (bincang | sumb.)
→‎Keupayaan: Fail gambar tidak wujud
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 62:
Keupayaan kedua Sharingan dan dianggap paling penting adalah keupayaan yang membenarkan penggunanya memiliki daya persepsi atau ramalan, membolehkan mereka mengenal pasti genjutsu dan bentuk lain pengunaan chakura walaupun tidak seperti pengguna Byakugan. Melalui keupayaan daya meramal ini membenarkan mereka untuk mengumpul data secara terperinci, membaca gerak bibir atau meniru pergerakkan kecil seperti meniru pergerakkan menulis. Apabila keupayaan Sharingan ditingkatkan, memiliki lebih banyak tomoe, ia membolehkan penggunanya mengesan pergerakan atau tindakan sesuatu objek yang bergerak dengan kelajuan yang tinggi yang membenarkan penggunanya meramal pergerakkan musuh yang selanjutnya. walaupun kadang kala mereka dapat meramal pergerakan musuh atau mengetahui musuh akan menyerang, tubuh mereka berkemungkinan masih tidak dapat bertindak balas terhadap serangan musuh.
 
[[Fail:Kakashi sharingan.jpg|thumb|right|175px|"Sharingan" yang dimiliki oleh [[Kakashi Hatake]].]]
Keupayaan Sharingan yang ketiga merupakan yang paling dikenali kerana ia membolehkan penggunanya mengingati sebarang teknik yang pernah dilihat oleh mereka (kecuali teknik dihasilkan daripada kekkei genkai). Penggunanya dapat mengingati sebarang teknik Ninjutsu, Genjutsu atau pun Taijutsu dengan ketepatan yang tinggi dan menggunakannya untuk diri sendiri atau mengubahsuaikannya menjadi teknik baru milik mereka sendiri contohnya; [[Sasuke Uchiha]] yang mengubahsuai teknik [[Singa Berantai]]. Untuk melakukan jutsu yang ditiru tidak mudah. Seseorang pengguna Sharingan mesti memiliki keupayaan atau skil untuk melakukannya. Contoh terbaik adalah taijutsu yang dimiliki oleh [[Rock Lee]]. Ketika Sasuke meniru segala pergerakan teknik taijutsu milik Rock lee, ia telah memberikan beban yang berlebihan kepadanya kerana Sasuke tidak mempunyai atau melakukan latihan yang sama seperti Rock Lee. Selain tahap skil fizikal dan kekkei genkai, Sharingan juga tidak dapat meniru teknik atau jutsu yang bergantung kepada faktor luaran seperti teknik seruan "Kuchiyose" jika mereka tidak memiliki kontrak dengan objek seruan tersebut.