Innuendo: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Samnazeer25 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Pengemasan.
Baris 27:
# [[Shamsul Azhar Nazeer |(Sam) Shamsul Azhar Nazeer]], lahir 25 April, berasal dari Kuala Lumpur
[[Fail:Innuendo014.jpg|thumb]]
 
== Sejarah awal ==
Innuendo ditubuhkan pada tahun 1992 oleh Reymee sewaktu masih bersekolah dalam tingkatan empat. Beliau mewarisi darah seni daripada bapanya, Hussein Idris yang merupakan pemain dram dan penyanyi kumpulan muzik 70-an iaitu [[The Strollers]]. Namun begitu, kesukaran mendapatkan anggota yang benar-benar meminati muzik R&B soul menyebabkan pertukaran anggota sentiasa berlaku dalam kumpulan ini.
 
Pada tahun 1995, Innuendo telah diberi peluang menjadi artis pembuka tirai untuk konsert kumpulan R&B Amerika Syarikat, All-4-One yang berlangsung di Kuala Lumpur. Selepas itu bakat mereka menarik perhatian beberapa syarikat rakaman namun kumpulan ini memilih untuk bernaung di bawah payung [[Positive Tone]].
 
== Album pertama dan tuah ''Belaian Jiwa'' ==
[[Innuendo (album)|Album sulung Innuendoeponim yang berjudul '''Innuendo''']] diterbitkan oleh [[Ahmad Izham Omar]] dan [[Paul Moss]], berada di pasaran pada bulan Mei 1997 dan mula mendapat perhatian pendengar menerusi rakaman semula lagu yang pernah dipopularkan oleh [[kumpulan Carefree]] pada tahun 1979 iaitu '''Belaian Jiwa'''''. ''Lagu ini memang digemari oleh Innuendo dan tanpa diduga telah memahat nama mereka sebagai antara bakat baru paling menyerlah ketika itu.
[[Fail:Innuendo015.jpg|thumb|Innuendo di AIM 1998]]
 
== Kejayaan besar di AIM '98 ==
Innuendo memecah rekod [[Anugerah Industri Muzik ke-5]] apabila membolot enam anugerah, Artis Inggeris Tempatan Baru Terbaik, [[Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik (AIM)|Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik]], [[Rakaman Album Terbaik Anugerah Industri Muzik|Rakaman Album Terbaik]], Album Inggeris Tempatan Terbaik, [[Susunan Muzik dalam Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik|Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu]] ('''Belaian Jiwa''') dan [[Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik|Lagu Terbaik]] ('''Selamanya''') menerusi album sulung mereka. Rekod tersebut kekal sehingga ke hari ini sebagai pencapaian jumlah kemenangan terbanyak dalam satu edisi sahaja.
 
Baris 43:
[[Fail:Innuendo022.jpg|thumb|Penampilan sebagai trio untuk album kedua]]
 
Album kedua Innuendo, '''<nowiki/>'[[BrandNuEndo]]'' '''''menyusul pada tahun 2001. Bagaimanapun dalam album ini Sam tidak lagi bersama Innuendo. Menerusi album ini Innuendo telah meraih anugerah [[Video Muzik Terbaik Anugerah Industri Muzik|Video Muzik Terbaik]] (untuk lagu '''Nanti''') dan [[Anugerah Industri Muzik ke-9#Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu|Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu]] (untuk lagu''''' ''Only Dancin''') pada [[Anugerah Industri Muzik ke-9]] yang diadakan pada tahun 2002.
== Album kedua selepas empat tahun ==
Album kedua Innuendo, '''<nowiki/>'BrandNuEndo'' '''''menyusul pada tahun 2001. Bagaimanapun dalam album ini Sam tidak lagi bersama Innuendo. Menerusi album ini Innuendo telah meraih anugerah [[Video Muzik Terbaik Anugerah Industri Muzik|Video Muzik Terbaik]] (untuk lagu '''Nanti''') dan [[Anugerah Industri Muzik ke-9#Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu|Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu]] (untuk lagu''''' ''Only Dancin''') pada [[Anugerah Industri Muzik ke-9]] yang diadakan pada tahun 2002.
 
Selepas itu Pot dan Taj lebih banyak menumpukan perhatian kepada kerja-kerja belakang tabir penerbitan album artis-artis lain dan juga syarikat milik mereka iaitu The Promised Clan Sdn. Bhd. (TPC) yang ditubuhkan untuk mengembangkan bakat-bakat baru dari arena 'underground' ke pentas 'mainstream'. Artis pertama yang dinaungi TPC ialah kumpulan [[Ruffedge]] dan [[V.E]].
 
== Berpecah ==
Pada tahun 2005 kesemua anggota Innuendo telah membawa haluan masing-masing.
 
==Syarikat Rakaman==
Innuendo bernaung di bawah syarikat rakaman [[Positive Tone]] dari awal sehinggalah ke penghujung karier muzik mereka.
 
==Diskografi==
Baris 226 ⟶ 221:
[[Kategori: Kumpulan muzik Malaysia|Innuendo]]
[[Kategori:Kumpulan R&B Malaysia]]
__FORCETOC__
[[Kategori:Kumpulan padu suara Malaysia]]