Monyet: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Reverted 3 edits by 2001:E68:409D:E887:D4DB:60FD:7B95:D5EC (talk) to last revision by PlyrStar93. (TW)
Teg: Buat asal
Baris 23:
| range_map_caption = Anggaran taburan monyet sedunia
}}
Dalam ilmu sains, '''monyet''' merupakan rumpun [[primat]] [[Haplorhini|haplorin]] ("berhidung kering"), iaitu rumpun yang umumnya berekor dan terdiri dan terdiri daripada 260 [[spesies]] yang wujud masa kini. Kebanyakan spesies monyet mendiami pokok, tetapi ada juga spesies yang hidup bertumpukan tanah seperti [[babun]] dan . Kebanyakan spesiesnya juga aktif pada waktu siang ([[diurnal]]). Monyet umumnya disifatkan sebagai cerdas, terutamanya yang hidup di [[Dunia Lama]].
 
[[Lemur]], [[Lorisidae|kongkang]], dan [[galago]] adalah primat berekor yang tidak digelar monyet, sebaliknya merupakan primat [[Strepsirrhini|strepsirin]] ("berhidung lembap"). [[Tarsier]] juga adalah primat haplorin seperti monyet, tetapi bukan monyet juga. Monyet terdiri daripada dua golongan, iaitu [[monyet Dunia Baru]] (platirin) dari benua Amerika Tengah dan Selatan, dan [[monyet Dunia Lama]] ([[Catarrhini|katarin]] dari superfamili Cercopithecoidea) dari Afrika dan Asia. [[Mawas|Mawas hominoid]] (ungka, orangutan, gorila, cimpanzi dan manusia) yang semuanya tidak berekor juga dikira katarin tetapi tidak dikira monyet.<ref>{{cite book |last=Zabludoff |first=Marc |title=Monkeys |page=22 |url=http://books.google.co.uk/books?id=A3ZQdkOWXWIC}}</ref> Makhluk [[simian]] ("monyet") dan [[tarsier]] muncul dalam [[Haplorhini|rumpun haplorin]] sekitar 60 juta tahun dahulu. Monyet Dunia Baru dan monyet katarin pula muncul dalam rumpun simian sekitar 35 juta tahun dahulu. Monyet Dunia Lama dan [[Hominoidea]] pula menurun dari monyet katarin sekitar 25 juta tahun dahulu.