Momofuku Ando: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Epilepson (bincang | sumb.)
Mencipta laman
 
Epilepson (bincang | sumb.)
Menambah maklumat, akan menambah esok
Baris 14:
Selepas [[Perang Dunia Kedua]], Taiwan diperoleh kepada [[Republik China (1912–1949)]], dan Ando perlu memilih antara menjadi warganegara [[Taiwan]] atau kekal menjadi subjek Jepun. Ando memilih pilihan yang pertama untuk mengekalkan harta keturunan beliau di Taiwan (disebabkan oleh semua warganegara Jepun perlu menyerah harta mereka yang berada di Taiwan). Walupun begitu, Ando kekal di Jepun.
 
Pada tahun 1948, Ando disabitkan kesalahan atas pengelakan cukai dan menerima hukuman dua tahun dalam penjara. Dalam biografinya, Ando mengatakan beliau meyediakan biasiswa kepada pelajar, yang pada masa tersebut merupakan salah satu bentuk pengelakan cukai. Selepas beliau kehilangan syarikatnya disebabkan oleh tindak balas kemuflisan berantaian, Ando mengasaskan apa yang akan menjadi Nissin di [[Ikeda, Osaka]], Jepun, dengan bermula sebagai syarikat kecil yang diuruskan oleh keluarga yang menghasilkan garam.
 
=== Penciptaan Ramen Ayam ===
''Juga lihat: [[Nissin Chikin Ramen]]''
[[Fail:Andos Workshop.JPG|thumb|Perekaan semula bengkel kerja Ando di Muzium Ramen Segera Momofuku Ando.]]
Dengan Jepun masih menderita daripada kekurangan makanan ketika [[Pendudukan Jepun|era pasca-peperangan]], [[Menteri Kesihatan, Buruh dan Kebajikan|Menteri Kesihatan]] mencuba untuk menggalakkan orang ramai untuk memakan [[roti]] diperbuat daripada [[tepung gandum]] yang dibekalkan oleh [[Amerika Syarikat]]. Ando tertanya-tanya kenapa roti disyorkan daripada mi, yang lebih dikenali oleh orang Jepun. Menteri Kesihatan menjawab dengan mengatakan syarikat mi terlalu kecil dan tidak stabil untuk memuaskan keperluan alatan, jadi Ando bercadang untuk mengeluarkan mi dengan sendiri. Pengalaman tersebut meyakini diri beliau bahawa "Keamanan akan datang ke dunia apabila orang ramai mempunyai cukup makanan untuk makan."<ref>https://web.archive.org/web/20070519010856/http://search.japantimes.co.jp/cgi-bin/nn20070107a2.html</ref>
 
== Rujukan ==
<references />