Perbezaan antara semakan "Demi rindumu"

Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Nurhana pulang selepas dua tahun menyepi di luar negara apabila mengetahui abangnya, Nasrul ingin berkahwin dengan Rania, gadis yang pernah menjadi orang ketiga antara Nurhana dan bekas tunangnya Izlan. Sebelum ini Rania ialah kawan karibnya, namun tidak disangka Rania berminat dengan apa yang dia miliki. Nurhana tidak mahu perkara yang sama terjadi ke atas abangnya. Setibanya di tanah air, Nurhana ke rumah abangnya namun secara tidak sengaja mengetuk pintu rumah Haznik yang disangkakan rumah abangnya. Sejak itu, mereka bagaikan berjodoh kerana selalu berjumpa. Haznik juga cuba mendekati dan mengenali Nurhana, walaupun Nurhana seakan sudah patah hati untuk menerima sesiapa lagi.Biarpun hanya mengenali masing-masing dalam waktu yang singkat, Nurhana merancang untuk berkahwin dengan Haznik sebagai alasan untuk menghalang abangnya berkahwin dengan Rania. Namun Nasrul tetap dengan keputusannya untuk memperisterikan Rania. Disebabkan itu Nurhana merancang untuk berkahwin pada hari yang sama dengan majlis perkahwinan abangnya.
 
Ketika menjelang hari perkahwinan mereka, maka terbongkarlah rahsia bahawa Rania sememangnya bukanlah gadis yang baik apabila Nasrul mendapati Rania telah berlaku curang dengan lelaki lain. Akhirnya, hanya Nurhana dan Haznik yang melangsungkan majlis perkahwinan. Nasrul yang berasa kecewa dengan sikap Rania itu kemudian bertindak menjauhkan dirinya daripada bertemu Rania. Rania yang mengetahui sifat sebenarnya telah diketahui Nasrul kemudian mencuba untuk memujuk semula Nasrul namun Nasrul enggan kembali kepadanya. Rania yang berasa sangat marah apabila gagal memujuk Nasrul untuk kembali padanya kemudian merancang untuk membalas dendam kepada Nurhana. Dengan meminta bantuan Muzafar, iaitu lelaki barunya, Rania berjaya membuatkan Nurhana keguguran berkali-kali. Tidak hanya itu, Rania mencuba untuk menggoda Haznik sehinggakan Nurhana sering berselisih faham kepada suaminya itu kerana dia mengganggap Haznik mempunyai hubungan sulit dengan Rania. Dugaan Nurhana tidak terhenti disitu apabila abangnya telah mati dibunuh. Haznik yang berasa curiga ini semua adalah angkara Rania kemudian menemui Rania dan mencuba untuk memujuknya agar menyerahkan dirinya kepada pihak polis. Muzafar akhirnya ditangkap. Muzafar disahkan menghidapi penyakit yang membawa maut. Sebelum meninggal, Muzafar sempat mengakui bahawa dialah yang bertanggungjawab dalam kematian Nasrul. Rania yang mengetahui bahawa Muzafar kini ditangkap polis mencuba untuk melarikan dirinya dengan Aditya, iaitu teman lelaki barunya itu. Malangnya Rania akhirnyakini sedar yang dia telah dipergunakan Aditya untuk membayar hutangnya kepada lelaki yang tidak dikenalinya. Kini Rania menderita dan menghidapi penyakit yang membawa maut. Sebelum Rania menghembuskan nafas terakhirnya, dia sempat mengutuskan surat kepada Nurhana dan meminta maaf diatas kesilapannya selama ini. Nurhana yang salah faham dengan Haznik sebelum ini kemudian memujuk Haznik untuk kembali kepadanya. Dengan bantuan keluarga Nurhana, mereka akhirnya kembali bersama.
 
== Pautan Luar ==
Pengguna awanama