Momofuku Ando: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Epilepson (bincang | sumb.)
Menambah maklumat, akan menambah esok
Epilepson (bincang | sumb.)
menyiapkan laman
Baris 14:
Selepas [[Perang Dunia Kedua]], Taiwan diperoleh kepada [[Republik China (1912–1949)]], dan Ando perlu memilih antara menjadi warganegara [[Taiwan]] atau kekal menjadi subjek Jepun. Ando memilih pilihan yang pertama untuk mengekalkan harta keturunan beliau di Taiwan (disebabkan oleh semua warganegara Jepun perlu menyerah harta mereka yang berada di Taiwan). Walupun begitu, Ando kekal di Jepun.
 
Pada tahun 1948, Ando disabitkan kesalahan atas pengelakan cukai dan menerima hukuman dua tahun dalam penjara. Dalam biografinya, Ando mengatakan beliau meyediakan biasiswa kepada pelajar, yang pada masa tersebut merupakan salah satu bentuk pengelakan cukai. Selepas beliau kehilangan syarikatnya disebabkan oleh tindak balas kemuflisan berantaian, Ando mengasaskan apa yang akan menjadi Nissin di [[Ikeda, Osaka|Ikeda]], [[Osaka]], Jepun, dengan bermula sebagai syarikat kecil yang diuruskan oleh keluarga yang menghasilkan garam.
 
=== Penciptaan Ramen Ayam ===
''Juga lihat: [[Nissin Chikin Ramen]]''
[[Fail:Andos Workshop.JPG|thumb|Perekaan semula bengkel kerja Ando di Muzium Ramen Segera Momofuku Ando.]]
Dengan Jepun masih menderita daripada kekurangan makanan ketika [[Pendudukan Jepun|era pasca-peperangan]], [[Menteri Kesihatan, Buruh dan Kebajikan|Menteri Kesihatan]] mencuba untuk menggalakkan orang ramai untuk memakan [[roti]] diperbuat daripada [[tepung gandum]] yang dibekalkan oleh [[Amerika Syarikat]]. Ando tertanya-tanya kenapa roti disyorkan daripada mi, yang lebih dikenali oleh orang Jepun. Menteri Kesihatan menjawab dengan mengatakan syarikat mi terlalu kecil dan tidak stabil untuk memuaskan keperluan alatan, jadi Ando bercadang untuk mengeluarkan mi dengan sendiri. Pengalaman tersebut meyakini diri beliau bahawa "Keamanan akan datang ke dunia apabila orang ramai mempunyai cukup makanan untuk makan."<ref name=":1">https://web.archive.org/web/20070519010856/http://search.japantimes.co.jp/cgi-bin/nn20070107a2.html</ref>
 
Pada 25 Ogos, 1958, pada umur 48 tahun, dan selepas bebrulan-bulan mengeksperimen cuba dan silap untuk menyempurnakan cara goreng-kilat beliau, Ando memasarkan pakej pertama [[mi segera]] belum dimasak. Perisa ayam yang asal dinamakan [[Nissin Chikin Ramen|Chikin Ramen]]. Dulu, mi tersebut diiktirafkan sebagai barang mewah dengan harga ¥35 (¥608/US$5.69 dalam 2019),<ref>https://web.archive.org/web/20071211213952/http://www.1350.jp/manin//beppin/200608.htm</ref> kira-kira enam kali harga daripada harga mi [[udon]] dan mi [[soba]] tradisional pada masa tersebut. Setakat 2016, Ramen Ayam masih dijual di Jepun dan sekarang dipasarkan dengan harga ¥120 (US$1.12), atau kira-kira satu pertiga daripada harga semangkuk mi termurah di kedai Jepun.
 
=== Penciptaan Mi Cawan ===
<small>''Juga lihat: [[Cup Noodles|Mi cawan]]''</small>
 
Menurut ''[[Financial Times]]'', penciptaan mi cawan oleh Ando pada tahun 1971, pada umur 61 tahun, menolong untuk mengembangkan populariti mi segera di seluruh dunia. Beliau telah melihat bahawa orang Amerika memakan mi dengan menghancurkan mi tersebut kepada dua, meletakkanya dalam cawan dan menyiram air panas atas mi tersebut. Mereka juga memakan mi dengan menggunakan garpu, berbanding dengan penyepit. Ando diilhamkan, dan merasakan bahawa cawan [[styrofoam]] - dengan bawah yang lebih sempit berbanding dengan atas - akan menjadi bekas yang sesuai untuk memegang mi dan mengekalkannya panas. Memakan mi tersebut akan menjadi semudah membuka penutup, menambah air panas dan menunggu. Kemudahan, kecekapan dan harga rendah mi cawan ini menukar nasib Nissin.<ref>https://web.archive.org/web/20070222120035/http://www.ft.com/cms/s/8bbeb216-a443-11db-bec4-0000779e2340.html</ref>
 
Ando mula memasarkan produk paling terkenalnya, ''Cup Noodle'' (カップヌードル ''Kappu Nūdoru''), pada 18 September, 1971, dengan idea membekalkan satu bekas polistrin kalis air.<ref>http://news.bbc.co.uk/2/hi/asia-pacific/6406001.stm</ref> Apabila harga diturunkan, ramen segera dengan cepat menjadi perniagaan yang mengembang. Permintaan antarabangsa menyampai 98 billion hidangan pada tahun 2009.<ref>https://web.archive.org/web/20120606044652/http://instantnoodles.org/noodles/expanding-market.html</ref>
 
=== Keahlian industri ===
Pada tahun 1964, mencari jalan untuk mempromosikan perusahaan mi segera, Ando mengasaskan Persatuan Perusahaan Mi Segera, yang menetapkan garis panduan untuk tandingan adil dan kualiti produk, memperkenalkan beberapa kebiasaan industri seperti memasukkan tarikh produk pada pembungkusan produk dan garis "isi sehingga". Beliau juga merupakan pengerusi Persatuan Pembuat Ramen Antarabangsa.
 
== Hidup peribadi dan kematian ==
Pada tahun 1966, Ando dibiasakan melalui perkahwinan dan menjadi warganegara Jepun. "Momofuku" ialah cara bacaan Jepun nama Taiwan yang diberinya (百福; ''Pek-hok''), manakala ''Andō'' (安藤) ialah nama keluarga isteri Jepunnya.
 
Ando mati disebabkan oleh [[kegagalan jantung]] pada 5 Januari, 2007, di sebua hospital di [[Ikeda, Osaka|Ikeda]], [[Wilayah Osaka]], pada umur 96 tahun.<ref name=":1" /> Ando meninggalkan isterinya Masako, dan tiga anak. Ando mengatakan bahawa rahsia kepada kehidupan panjang beliau ialah bermain golf dan memakan ramen ayam hampir setiap hari. Beliau dikatakan untuk memakan ramen segera sehingga hari dia meninggal dunia.<ref>http://www.sankei.co.jp/seikatsu/shoku/070106/shk070106000.htm</ref><ref>http://vietbao.vn/The-gioi/Nguoi-phat-minh-ra-mi-an-lien-qua-doi/30161343/162/</ref>
 
== Penghargaan ==
Ando berulang-ulang diagunerahkan dengan pingat daripada kerajaan dan maharaja Jepun - termasuk [[Darjah Matahari Terbit|Darjah Matahari Terbit, Bintang Emas dan Perak]], Tahap Kedua - pada tahun 2002, yang merupakan hiasan Jepun yang kedua paling berprestij bagi warganegara Jepun.
 
* Pingat Penghargaan dengan Riben Biru (1977)
* [[Darjah Khazanah Suci]], Tahap Kedua, Bintang Emas dan Perak (1982)
* Pingat Penghargaan dengan Riben Ungu (1983)
* Ketua Pengarah Agensi Sains dan Teknologi "Anugerah Perkhidmatan Cemerlang" (1992)
* [[Darjah Matahari Terbit]], Tahap Kedua, Bintang Emas dan Perak (2002)
 
=== Hiasan luar negara ===
 
* [[Darjah Direkgunabhorn]] dari Thailand, Clastas Keempat (2001)<ref>http://www.ratchakitcha.soc.go.th/DATA/PDF/00016937.PDF</ref>
 
=== Darjah keutamaan ===
 
* Pangkat senior keempat (2007, selepas kematian)
 
=== Keperingatan ===
[[Muzium Mi Segera Momofuku Ando]] dinamakan berdasarkannya.
 
Pada tahun 2015, [[Google]] meletakkan satu [[Google Doodle|doodle]] yang dicipta oleh pelukis Google, Sophie Diao, di [[Carian Google|laman sesawang utamanya]], mengingatkan hari jadinya pada 5 Mac.<ref>https://www.washingtonpost.com/news/comic-riffs/wp/2015/03/05/momofuku-ando-inventor-of-instant-ramen-artfully-saluted-with-google-noodle-doodle/</ref>
 
Nama-nama restoran Momofuku di Amerika Syarikat merujuk kepada Momofuku Ando. <ref>Chang, David; Stabile, Peter Meehan; photographs by Gabriele (2009). ''Momofuku'' (1st ed.). New York: Clarkson Potter. p. 28. ISBN <bdi>0-307-45195-X</bdi>.</ref>
 
== Rujukan ==