Pulau Sentinel Utara: Perbezaan antara semakan

salah satu pulau Andaman
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Epilepson (bincang | sumb.)
Mencipta laman, akan tambah esok.
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 15:06, 4 November 2019

Pulau Sentinel Utara adalah salah satu daripada pulau Kepulauan Andaman, satu kepulaun di Teluk Benggala yang juga mengandungi Pulau Sentinel Selatan.[1] Pulau Sentinel Utara mempunyai suku sentinel, sesebuah kaum yang telah menolak, sering kali secara ganas, sebarang hubungan dengan dunia luar. Mereka adalah antara suku terpencil terakhir yang kekal hampir tidak dihubungi oleh tamadun moden. [2][3]

Pulau Sentinel Utara pada tahun 2009.

Akta Perlindungan Suku Orang Asli Kepulauan Andaman dan Nicobar 1956[4] menghalang perjalanan ke pulau tersebut dan sebarang pendekatan lebih dekat daripada lima batu nautika (9.26 km) untuk mengelak orang asli tempatan untuk diserang penyakit yang mereka tidak dapat melawan. Kawasan tersebut dikawal oleh angkatan laut India.[5]

Secara nominal, pulau tersebut dimiliki oleh daerah pentadbiran Andaman Selatan, sebahagian daripada kawasan kesatuan India di Kepulauan Andaman dan Nicobar.[6] Dalam latihan, pihak berkuasa India mengenali niat penduduk pulau untuk ditinggalkan bersendirian dan menyekat tugas mereka untuk pemantauan jarak jauh; pihak berkuasa India tidak menahan kaum tersebut atas pembunuhan.[7][8] Pulau tersebut adalah dalam kesan, satu kawasan berdaulat di bawah perlindungan India. Pada tahun 2018, Kerajaan India mengecualikan 29 pulau - termasuk pulau Sentinel Utara - daripada rejim Permit Kawasan Dilarang (RAP), sehingga 31 Disember 2022, dalam usaha yang besar untuk memajukan sektor pelancongan.[9] Tetapi, pada bulan November 2018, kementerian rumah kerajaan mengatakan bahawa pengenduran larangan tersebut hanya dikhususkan untuk membenarkan pengkaji dan pakar anthropologi, dengan pelepasan yang telah disahkan, untuk melawat pulau-pulau Sentinel.[10]

Suku sentinel telah berulang kali menyerang kapal-kapal yang mendekat. Ini menyebabkan kematian dua orang pemancing pada tahun 2006 dan seorang mubaling Amerika, John Allen Chao, pada tahun 2018.[11][12][13]

Geografi

Pulau Sentinel Utara terletak 36 kilometer barat daripada bandar Wandoor di Pulau Andaman Selatan,[14] 50 kilometer barat daripada Port Blair, dan 59.6 kilometer utara daripada rakan sejawatnya Pulau Sentinel Selatan. Ia mempunyai luas kawasan seluas 59.67 kilometer persegi dan garis luaran hampir bersegi empat.[15]

Sentinel Utara dikelilingi oleh batu karang, dan kekurangan pelabuhan semula jadi. Kesemua pulau, kecuali pantai, berhutan.[16] Terdapat pantai pasir putih yang sempit yang mengelilingi pulau tersebut, di belakang mana tanah naik 20 meter, dan kemudian antara 46 meter[17] dan 122 meter[18] berdekatan dengan pusat. Batu karang keluar berdekatan pulau antara 0.93 kilometer sehingga 1.5 kilometer (0.5 - 0.8 batu nautika) daripada pantai.[18] Sesebuah pulau kecil berhutan, pulau Constance, juga "Anak Pulau Constance",[18] diletakkan 600 meter daripada pantai tenggara, pada tepi batu karang. Gempa bumi Lautan Hindi 2004 menggerakkan plat-plat tektonik di bawah pulau, menaikkannya dengan 1 - 2 meter. Saluran besar batu karang yang mengelilingi terdedah dan selamanya menjadi tanah kering atau lagun cetek, memanjangkan sempadan-sempadan pulau - dengan sebanyak 1 kilometer pada belah barat dan belah selatan - dan menyatukan Anak Pulau Constance dengan pulau utama.[19][20]

Sejarah

Suku Onge, salah satu daripada orang asli kepulauan Andaman yang lain, tahu kewujudan pulau Sentinel Utara; nama tradisional mereka bagi pulau tersebut ialah Chia daaKwokweyeh.[14][19] Mereka juga mempunyai persamaan budaya yang kuat dengan kecil-kecilan apa yang telah dilihat antara suku sentinel. Tetapi, suku Onge dibawa ke pulau Sentinel Utara oleh orang British pada abad ke-19 tidak dapat faham bahasa sentinel, jadi kejauhan yang ketara adalah mungkin.[14][19]

  1. ^ https://scroll.in/article/903254/a-visit-to-north-sentinel-island-please-please-please-let-us-not-destroy-this-last-haven
  2. ^ https://indianexpress.com/article/india/sentinelese-tribe-has-closer-resemblance-to-jarawas-slightly-taller-than-other-andaman-tribes-says-expert-5460473/
  3. ^ https://www.forbes.com/sites/jimdobson/2015/09/28/will-the-worlds-most-dangerous-island-become-a-human-zoo-the-shocking-future-of-north-sentinel/#7445c3de2688
  4. ^ http://timesofindia.indiatimes.com/articleshow/66744174.cms
  5. ^ https://www.cnn.com/2018/11/25/asia/missionary-john-chau-north-sentinel-island-sentinelese/index.html
  6. ^ http://www.censusindia.gov.in/2011-VillageDirectory/Directory/short_code_rural_35.pdf
  7. ^ https://www.telegraph.co.uk/news/worldnews/asia/india/1509987/Stone-Age-tribe-kills-fishermen-who-strayed-on-to-island.html
  8. ^ Bonnett, Alastair: Off The Map, page 82. Carreg Aurum Press, 2014
  9. ^ https://www.thequint.com/voices/opinion/sentinelese-tribe-andaman-islanders-eco-tourism-challenges
  10. ^ https://timesofindia.indiatimes.com/india/us-national-defied-3-tier-curbs-caution-to-reach-island/articleshow/66758172.cms
  11. ^ https://indianexpress.com/article/india/american-tourist-killed-in-north-sentinel-island-of-andaman-island-5456743/
  12. ^ https://english.manoramaonline.com/news/world/2018/11/23/american-killed-in-andaman-police-probe.html
  13. ^ https://web.archive.org/web/20190325211259/http://mynorthwest.com/1195065/american-on-deadly-trip-to-indian-island-god-sheltered-me-2/
  14. ^ a b c https://web.archive.org/web/20130507061710/http://www.andaman.org/BOOK/chapter8/text8.htm
  15. ^ http://ls1.and.nic.in/doef/WebPages/ForestStatistics2013.pdf
  16. ^ https://web.archive.org/web/20120402174048/http://www.andaman.org/BOOK/chapter2/text2.htm
  17. ^ https://books.google.com/books?id=OuGgAAAAMAAJ&pg=PA257 m/s 257
  18. ^ a b c https://msi.nga.mil/MSISiteContent/StaticFiles/NAV_PUBS/SD/Pub173/Pub173bk.pdf
  19. ^ a b c https://books.google.com.my/books?id=9UzX63tCpXQC&redir_esc=y m/s 362 - 363
  20. ^ https://web.archive.org/web/20130616061925/http://andaman.org/mapstsunami/tsunami.htm