Kelantan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Commercia (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Baris 85:
Nama "Kelantan" dikatakan berasal daripada perkataan "gelam hutan" yang telah diubahsuai, iaitu nama Melayu bagi pokok ''Melaleuca leucadendron''. Ada juga yang mengatakan bahawa namanya datang daripada perkataan "kilatan" atau "kolam tanah". Selain itu Negeri Kelantan juga dikenali dengan nama ''Tanah Serendah Sekebun Bunga'', ''Tanjung Pura'', ''Negeri Cik Siti Wan Kembang'' dan ''Serambi Mekah'' pada masa dahulu.<ref>http://www.myjurnal.my/public/article-view.php?id=70639</ref>
 
Sejarah awal Kelantan tidak begitu jelas, tetapi penemuan [[arkeologi]] menunjukkan bukti Kelantan sebagai petempatan manusia di [[zaman prasejarah|zaman prasejarah.]]<ref>https://books.google.com.my/books?id=fiTzg88b0X4C&pg=PA21&lpg=PA21&dq=penemuan+penempatan+awal+di+kelantan&source=bl&ots=YcpMGrT2a1&sig=BdVPKJdusnQQ8OWPQsdl5o3_SXQ&hl=ms&sa=X&ved=2ahUKEwjxh_b27-3cAhWOfH0KHVusB0o4ChDoATAAegQIABAB#v=onepage&q=penemuan%20penempatan%20awal%20di%20kelantan&f=false</ref><ref>http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/kelantan/khazanah-sejarah-tersembunyi-1.265488</ref> Kelantan awal mempunyai perhubungan dengan Empayar [[Funan]], [[Empayar Khmer]], [[Empayar Srivijaya|Srivijaya]], [[Majapahit]] dan [[Thailand|Siam]].<ref>https://books.google.com.my/books?id=4ZBvBgAAQBAJ&pg=PT46&lpg=PT46&dq=Early+Kelantan+had+links+to+the+Funan+Kingdom,+the+Khmer+Empire,+Sri+Vijaya,+Majapahit+and+Siam&source=bl&ots=HqoWjr44eU&sig=_5o9oCbexBtD0Ikk6JWZjf2xrMw&hl=en&sa=X&ved=2ahUKEwiCwfvZ--3cAhWPWX0KHRmCB8IQ6AEwBHoECAYQAQ#v=onepage&q=Early%20Kelantan%20had%20links%20to%20the%20Funan%20Kingdom%2C%20the%20Khmer%20Empire%2C%20Sri%20Vijaya%2C%20Majapahit%20and%20Siam&f=false</ref><ref>http://www.penerangan.gov.my/kelantan/index.php/bm/maklumat/info-negeri/sejarah-negeri</ref> Kira-kira [[1411]], Raja Kumar, [[raja]] Kelantan, membebaskan negeri itu dari Siam. Beliau memakai gelaran Sultan Iskandar Shah apabila memeluk Islam. Kelantan kemudian menjadi sebuah pusat [[perdagangan]] yang penting pada akhir [[abad ke-15]].
 
Pada [[1499]], Kelantan telah menjadi negeri asal [[Kesultanan Melaka]].<ref>https://ir.unimas.my/19842/1/Seni%20ukir%20keris%20di%20negeri%20Kelantan%20(24%20pages).pdf</ref> Dengan [[Kesultanan Melaka#Sultan Mahmud Shah|kejatuhan Melaka]] pada [[1511]], Kelantan dibahagikan dan diperintah oleh ketua-ketua kecil. Dengan ancaman oleh Siam pada [[1603]], kebanyakan ketua kecil Kelantan bernaung di bawah [[Persekutuan Pattani Besar]]. Kerajaan pusat di [[Pattani]] membahagikan [[Kelantan]] kepada 4 wilayah iaitu [[Kelantan Timur]], [[Kelantan Barat]], [[Legeh]] dan [[Ulu Kelantan]]. Kira-kira [[1760]], seorang putera raja Kelantan Barat berjaya dalam penyatuan wilayah Kelantan sekarang. Tidak lama kemudian, pada [[1764]], [[Long Yunus]] iaitu putera raja [[Kelantan Timur]], anak [[Long Sulaiman]] berjaya merampas takhta kerajaan dan mengisytiharkan diri sebagai Raja Kelantan. Walau bagaimanapun, dengan kemangkatannya, Kelantan dipengaruhi oleh [[Terengganu]].