Tomy: Perbezaan antara semakan

Mainan Jepun, barangan kanak-kanak dan syarikat hiburan
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Epilepson (bincang | sumb.)
Mencipta laman, akan menambaah maklumat
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 09:33, 6 November 2019

Syarikat Tomy Berhad (株式会社タカラトミー Kabushikigaisha takaratomī, Takara Tomy; nama dagang Tomy di luar kebanyakaan negara Asia) ialah satu syarikat hiburan Jepun yang membuat mainan dan barangan kanak-kanak. Ia dicipta daripada satu gabungan dua buah syarikat pada 1 Mac 2006; Tomy (diasas pada tahun 1924 sebagai Tomiyama, menukar nama kepada Tomy pada tahun 1963)[3] dan saingan lama Takara (diasas pada tahun 1955).[3] Ibu pejabat syarikat terletak di Katsushika, Tokyo.

Syarikat Tomy Berhad.
Nama dagangTakara Tomy (kebanyakan di Jepun dan Asia)
Tomy (kebanyakan di negara-negara barat)
Nama asli株式会社タカラトミー
Dinamakan sempenaEiichirō Tomiyama Sunting ini di Wikidata
Jenis/bentuk sahKabushiki gaisha awam
Didagangkan sebagaiTYO: 7867
IndustriMainan, Permainan video, produk dan pakaian kanak-kanak
Pendahulu
Ditubuhkan1 Mac 2006; 18 tahun yang lalu (2006-03-01) (Dulu Tomy, 1924; Takara, 1955)
Ibu pejabat7-9-10, Tateishi, Katsushika, Tokyo, Japan
Tokoh pentingHarold Meij
(Presiden dan pengasas)
KeluaranDetails
Hasil¥154,804 juta (FY 2013–2014)[1]
Pendapatan kendalian¥3,335 juta (FY 2013–2014)[1]
Pendapatan bersih¥8,929 juta (FY 2013–2014)[1]
Jumlah aset¥156,467 juta (FY 2013–2014)[1]
Jumlah ekuiti¥50,907 juta (FY 2013–2014)[1]
Bilangan kakitangan486 (Setakat Mac 31, 2014)[2]
PembahagianTomy International, Inc.
Tomy (Hong Kong) Ltd.
Tomy (Shenzhen) Ltd.
T-ARTS KOREA Company, Ltd.
Tomy (Thailand) Ltd.
Tomy (Shanghai) Ltd.
Anak syarikatT-ARTS Company, Ltd.
Penny Company, Ltd.
Tomy Tec Co., Ltd.
Tinkerbell Inc.
Wako Company, Ltd.
Tomy Marketing Company, Ltd.
Kiddy Land Co., Ltd.
T-ENTAMEDIA Company, Ltd.
Tomy Ibis., Ltd.
Tapak webTomy Global
Jepun
Amerika Syarikat
United Kingdom
Perancis
Jerman
China
Facebook: takaratomytoys Twitter: takaratomytoys Youtube: UClVgBLXWrw3TV4Wm0d7qrFQ Youtube: takaratomychannel Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah dan nama korporat

Syarikat tersebut membuat cadangan pragmatik berkenaan nama mana untuk digunakan selepas gabungan itu, mencadang untuk menggunakan "Tomy" di subsidiari antarabangsa dan "Takara-Tomy" di Jepun. Mereka membuat cadangan tersebut kerana Tomy telah membina pengenalan jenama yang besar secara antarabangsa, dengan kebanyakan produk Takara yang terkenal di seluruh dunia (Microman, Transformers, Battel Beasts, Beyblade, B-Daman dsb.) telah dijual dan dijenamakan oleh syarikat mainan lain seperti Hasbro. Mereka juga mengira kos kewangan untuk menukar nama terlalu mahal.[4]

Antara polisi editorial kebanyakan penerbitan perniagaan Barat adalah untuk mengabai pengisytiharan gabungan dan mengisytiharkan bahawa satu syarikat dibeli oleh yang lain. Oleh sebab itu, dalam kebanyakan media Barat, gabungan Takara-Tomy dicirikan sebagai 'pengambil-alihan' Takara oleh Tomy. Andaian tersebut adalah mungkin dibuat kerana bertahun-tahunan kerugian telah meletakkan Takara dalam tahap kewangan yang lemah ketika gabungan itu berlaku, tetapi Takara membuat jumlah jualan yang lebih tinggi berbanding dengan Tomy. Tetapi, pengurusan Takara dan Tomy telah membincangkan gabungan banyak kali, termasuk pada saat Takara muncul lebih kuat. Di bawah undang-undang korporat Jepun, pergerakan tersebut adalah sebuah gabungan kedua-dua syarikat atas satu asas yang sama.

Terdapat banyak ramalan media pasca-gabungan tentang kawalan jenama daripada gabungan Takara-Tomy. Kebanyakannya timbul daripada penggunaan baru hak cipta "TOMY" atas semua pembungkusan, termasuk bekas jenama Takara yang dihantar oleh Hasbro. Tetapi, itu hanya hasil satu cadangan praktikal untuk menggunakan hanya nama Tomy di subsidiari antarabangsa. Di Jepun, Takara-Tomy terus menggunakan kedua-dua Takara dan Tomy sebagai nama jenama berbeza atas mainan yang berasal dari setiap syarikat masing-masing, dan kebanyakan mainan atau produk tersendiri sekarang menggunakan jenama Takara-Tomy yang baru.

Takara membeli kepentingan majoriti dalam Tatsunoko Production pada bulan Jun 2005. Studio tersebut kemudian menjadi subsidiari penuh Takara-Tomy, mengekori gabungan pada bulan Mac 2006. (Tatsunoko sekarang kebanyakannya dimiliki oleh Nippon TV). Tomy UK diasaskan pada tahun 1982 untuk jualan dan pengeluaran produk Tomy di Eropah, dan telah membawa mainan seperti Zoids, dan permainan seperti Lanun Timbul, ke sebelah Barat dengan kejayaan besar. Slogan Tomy UK telah secara tradisional menjadi "Percaya Tomy". Pada tahun 2006, Tomy UK melancarkan sebuah laman sesawang di mana pengguna boleh membeli atas talian dari katalog Tomy.[5] Pada awal tahun 2011, Takara-Tomy memperolehi Korporasi RC2 dan sub-jenama RC2, Learning Curve, yang mengandungi The First Year, Lamaze dan Kompas.

Produk

Takara-Tomy telah mencipta pelbagai jenis produk atas hak-hak mereka sendiri yang termasuk, dari sebelah Tomy: Tomica, Plarail, Zoids, Idaten Jump, Nohohon Zoku dan produk jagaan bayi berjenama Tomy, dan, dari sebelah Takara:

  1. ^ a b c d e "Consolidated financial statement for end of the fiscal year ending March 31, 2014" (PDF). Tomy Co., Ltd. December 12, 2014.
  2. ^ "Corporate Profile|Corporate Information|TOMY Company, Ltd". Takaratomy.co.jp. Dicapai pada 2015-08-22.
  3. ^ a b https://web.archive.org/web/20101225130927/http://takaratomy.co.jp/company/english/pdf/brochure.pdf
  4. ^ https://www.takaratomy.co.jp/english/company/company/history.html
  5. ^ http://www.tomy.co.uk/