Perbezaan antara semakan "Pulau Sentinel Utara"

(Menyiapkan laman)
Pada hujung cuaca panas monsun pada tahun 1867, ''Nineveh,'' sebuah kapal perdagangan India, karam atas karang berdekatan pulau tersebut. 106 penumpang dan anak kapal yang terselamat mendarat di pantai dalam kapal, dan menahan serangan daripada suku sentinel. Mereka akhirnya dijumpai oleh satu parti penyelamat [[Tentera Laut Diraja British]].''<ref name=":2" />''
 
Sebuah ekspedisi yang diketuai oleh Maurice Vidal Portman, seorang pentadbir kerajaan yang berharap untuk mengkaji penduduk tempatan dan budaya mereka, berjayuberjaya melakukan pendaratan di pulau Sentinel Utara pada bula Januari 1880. Kumpulan menjumpai satu rangkaian jalan dan pelbagai kampung yang kecil dan ditinggalkan. Selepas beberapa hari, enam suku sentinel, satu pasangan warga emas dan empat kanak-kanak, ditangkap dan dihantar ke [[Port Blair]]. Pegawai penjajah yang bertugas dalam operasi tersebut menyatakan bahawa seluruh kumpulan suku sentinel itu "jatuh sakit secara pantas, dan pasangan warga emas itu mati, jadi keempat-empat kanak-kanak tersebut dihantar balik ke tempat tinggal mereka dengan sejumlah hadiah".''<ref name=":0" /><ref name=":4" /><ref name=":5" />'' Pendaratan kedua dilakukan oleh Portman pada 27 Ogos 1883, selepas peletusan gunung berapi [[Krakatau]] disilapkan dengan das tembakan pistol dan mengecamnya sebagai tanda kesusahan sesebuah kapal. Satu parti penyelamat mendarat di pulau dan meninggalkan hadiah sebelum kembali ke Port Blair.''<ref name=":0" /><ref name=":5" />'' Portman melawat pulau tersebut berulang kali dari Januari 1885 sehingga Januari 1887.''<ref name=":5" />''
 
=== Selepas kemerdekaan ===