Zul Ariffin: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kyra Zahirah (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 31:
 
==Kerjaya==
Bakat beliau dikesan oleh seorang pencari bakat dan mula muncul dalam iklan-iklan di televisyen. Beliau mendapat watak lakonan pertamanya pada 2008 menerusi drama ''[[Awan Dania]]'' lakonan [[Scha Al-Yahya]]. Pada tahun 2009, beliau memegang watak utama sebagai Inspektor Ashraf dalam drama aksi kepolisan ''[[Gerak Khas]]'' arahan [[Yusof Haslam]], bagaimanapun, 'jodoh' beliau bersama ''Gerak Khas'' tidak berkekalan apabila drama itu “direhatkan” dua tahun kemudian. Zul melangkah ke layar lebar dengan membintangi filem sulung lakonannya, ''[[Evolusi KL Drift 2]]'' arahan [[Syamsul Yusof]] yang mana beliau memegang watak sebagai Inspektor Zam, bersama [[Remy Ishak]] sebagai Inspektor Kamal. Filem ini ditayangkan pada 25 Mac 2010 dan mencapai kutipan pecah panggung.<ref>{{cite news|title= "KL Drift 2" Menderum Dengan 'Enjin Lama' |author=Wahiduzzaman|work=mStar Online|date=24 Mac 2010|url=http://mstar.com.my/cerita.asp?file=/2010/3/24/mstar_tengokwayang/20100324141545&sec=mstar_tengokwayang|access-date=2010-03-30}}</ref>
 
Selepas ''Gerak Khas'' "direhatkan" dengan episod terakhirnya disiarkan pada 22 Julai 2011, beliau membintangi drama ''[[Nora Elena]]'' bersama pelakon jelita [[Siti Saleha]] yang disiarkan di [[Slot Akasia|Slot Akasia TV3]], beliau dikatakan telah mengalami kesuraman pada 2012, pada ketika beliau mencapai berat badan yang berlebihan. Pada masa itu, beliau tidak menerima tawaran kerja selama setahun setengah. Pada 2013, Zul berlakon dalam satu-satunya drama TV lakonannya pada tahun itu, ''Luluhnya Sebuah Ikrar'' bersama [[Sara Ali]] dan [[Ryzal Jaafar]].