Thilafushi: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Epilepson (bincang | sumb.)
Mencipta laman, akan tambah esok
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 15:19, 10 November 2019

Thilafushi (Bahasa Divehi: ތިލަފުށި) ialah sebuah pulau buatan dicipta sebagai tapak pelupusan perbandaran yang terletak di sebelah barat Malé, di antara Giraavaru dan Gulhifalhu, Atol Kaafu, Maldives.

Thilafushi
ތިލަފުށި
Pulau berpenghuni
Koordinat: 4°11′N 73°26′E / 4.183°N 73.433°E / 4.183; 73.433Koordinat: 4°11′N 73°26′E / 4.183°N 73.433°E / 4.183; 73.433
NegaraMaldives
Atol bertadbirAtol Kaafu
Jarak ke Malé6.85 km
Ukuran
 • Panjang3.5 km (2.2 mi)
 • Lebar0.2 km (0.1 mi)
Zon waktuUTC+05:00 (MST)

Sejarah

Thilafushi asalnya sebuah lagun dianmakan "Thilafalhu" dengan panjang 7 kilometer dan kelebaran 200 meter di kawasan tercetek. Ia diwujudkan mengekori sebuah siri perbincangan dan usaha untuk menyelesaikan kesukaran bahan buangan Malé ketika awal tahun 1990-an. Cadangan untuk menuntut semula Thilafalhu sebagai tapak pelupusan dilakukan pada 5 Disember, 1991.[1]

Thilafushi menerima muatan bahan buangan pertamanya dari Malé pada 7 Januari, 1992. Operasi bermula dengna hanya 1 kapal pendarat, 4 lori beban berat, 2 mesin penggali dan sebuah pemuat roda.[2]

Ketika tahun-tahun operasi membuang sampah awalnya, lubang (juga dikenali sebagai kurungan) dengan isipadu 1060 meter padu digali, selepas itu pasir yang diperolehi daripada penggalian itu digunakan untuk membina pagar berdinding di sekeliling perimeter dalaman kurungan. Bahan buangan yang diterima dari Malé dikeluarkan ke tengah lubang tersebut, yang ditutup dengan selapis sisa-sisa pembinaan dan kemudian diratakan dengan seragam menggunakan pasir putih. Pada asalnya, bahan buangan itu tidak diasingkan kerana ia terpaksa dibuang dengan segera disebabkan oleh pengumpulan banyak.

Perindustrian

 
Thilafushi-2, kawasan dengan perindustrian terbanyak.

Kini, Thilafushi mempunyai keluasan daratan yang lebih daripada 0.43 kilometer persegi. Perkembangan daratan pantas Thilafushi diperhatikan oleh kerajaan, dan pada bulan November 1997, ia diputuskan bahawa tanah adalah untuk dipajak oleh usahawan yang berminat dalam memiliki tanah untuk niat-niat perindustrian. Pada asalnya, hanya terdapat 22 orang pemegang pajakan. Dalam masa 10 tahun yang lepas, nombor tersebut telah digandakan hingga 54 menyebabkan lebih daripada 0.11 kilometer persegi tanah digunakan sekarang, yang menghasilkan pengeluaran 14 juta Rufiyaa (kira-kira 1 juta USD) setiap tahun.

Sekejap selepas itu, sebuah kawasan dengan keluasan 0.2 kilometer persegi (dikenali sebagai Thilafushi-2) dituntut semula menggunakan pasir putih sebagai bahan pengisian untuk membekalkan tanah firma untuk industri yang lebih berat.

Aktiviti perindustrian (utama) terkini di pulau tersebut adalah penciptaan kapal, pembungkusan simen, pembotolan gas metana dan pelbagai aktiviti pergudangan skala besar. Kerajaan juga mencadangkan kemuduhan pembakar 50 tan.[3]

Pada bualn Mac 2015, kerajaan Maldives bercadang untuk menempatkan semula pusat pelabuhan komersial dari Malé ke Thilafushi.[4] Namun urusan tersebut tidak dipenuhi.[5]

Rujukan