Perbezaan antara semakan "Astro Shaw"

40 bait ditambah ,  7 bulan lalu
tiada ringkasan suntingan
Astro Shaw Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat produksi dan pengeluar filem terkemuka di Malaysia bersama-sama dengan Tayangan Unggul. Astro Shaw menumpukan terhadap penerbitan filem yang pelbagai dari segi format dan bahasa selain bersifat terbuka dalam meneroka genre dan tema yang berbeza. Di samping itu, Astro Shaw juga memperoleh dan mengedar filem untuk tayangan pawagam serta medium lain selain pawagam sama ada dalam mahupun luar negara. Selain itu, syarikat ini juga menyediakan perkhidmatan pemasaran untuk filem tempatan, serantau dan global bagi tayangan pawagam dan medium lain. Pada tahun 2018, hasil gabungan filem-filem terbitan Astro Shaw yang terkenal seperti Dukun, Paskal, Hantu Kak Limah dan Polis Evo 2, Astro Shaw telah berjaya mencapai kutipan kasar melebihi dari RM 100 Juta.{{Infobox Company
|name = Astro Shaw
|company_logo = Logo Astro Shaw.png
 
==Sejarah==
Ditubuhkan pada tahun 1996, Astro Shaw dan syarikat kelompoknya, Tayangan Unggul telah menghasilkan serta mengedarkan lebih daripada 80 filem yang merentasi pelbagai genre dalam Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Bahasa Tamil serta Bahasa Indonesia. 7 daripada 10 filem tempatan yang mendapat kutipan tertinggi di Malaysia adalah merupakan filem yang dihasilkan oleh Astro Shaw. Pada tahun 2018, filem Hantu Kak Limah telah memecahkan rekod kutipan filem tempatan apabila berjaya mendapat kutipan melebihi RM 30 juta. Sehingga hari ini, Astro Shaw telah memenangi lebih daripada 120 anugerah di festival filem peringkat tempatan serta antarabangsa. Baru-baru ini, filem baru terbitan Astro Shaw yang bakal ditayangkan pada Januari 2020 telah dinominasikan dalam 9 kategori dalamuntuk Anugerah Golden Horses ke-56.
 
==Filemografi==
===FilemMelayu===
{|class="wikitable"
|-
Pengguna awanama