Fokker: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
 
Yosri (bincang | sumb.)
Baris 8:
Di sana, Fokker membina kapal terbang bagi pihak [[temtera]] Jerman semasa [[Perang Dunia I]], dipaksa sebagai rakan kongsi [[Hugo Junkers]] oleh kerajaan Jerman. Dia mencipta nama dengan kapal terbangnya [[Fokker E.III]], yang menggunakan mekanisma yang membenarkan juruterbang menggunakan mesingan di kapal terbang mereka tanpa memusnahkan kipas mereka (menggunakan [[peralatan ganggu]]), [[Fokker D.VII]], dan [[Fokker Dr.I]] tiga sayap yang terkenal kerana pernah digunakan oleh [[Manfred von Richthofen]], lebih dikenali sebagai ''Baron Merah''.
 
[[Imej:fokker.70.taxi.arp.750pixfokkertaxi.jpg|thumb|left|250px|Fokker 70 ofkepunyaan KLM taxiingbergerak afterselepas landingmendarat]]
 
Pada tahun 1919, Fokker berpisah daripada [[Junkers]], kembali ke Belanda, dan memulakan syarikatnya sendiri. Dia tidak kembali dengan tangan kosong; Fokker berjaya menyeludup satu keretapi penuh pesawat tentera D.VII dan C.I termasuk alat ganti menyeberangi sempadan Jerman-Belanda. Simpanan permulaan ini membolehkan dia menubuhkan kedai dengan cepat.
 
Selepas pemindahan syarikatnya, kejayaan utamanya terletak pada kapal terbang perdagangan, pesawat penumpang bukannya pesawat tentera, walaupun Fokker masih terus mereka dan membinanya, sebahagian besarnya utuk tentera udara Belanda. Pengecualian jelas hanyalah bagi tentera udara [[Finland]], yang sebahagian besarnya dilengkapi dengan kapal terbang [[Fokker C.V|C.V]], [[Fokker C.X|C.X]] and [[Fokker D.XXI|D.XXI]].
 
Pada tahun [[1920-an]], kejayaan Fokker terbesar adalah pesawat penumpang tiga motor, yang menguasai pasaran [[Eropah]] sehingga ketibaan kapal terbang logam sepenuhnya dari [[Amerika Syarikat]] dan Jerman pada pertengahan [[1930-an]].
 
Pada [[Disember]] [[1939]], Anthony Fokker meninggal di [[Amerika Syarikat]], di mana cawangan Amerika syarikatnya amat berjaya.
 
Kilang Fokker di Belanda musnah sama sekali semasa [[Perang Dunia II]], dan kilang baru didirikan bersebelahan Lapangan Terbang [[Schiphol]] berhampiran [[Amsterdam]], pada tahun [[1951]]. Di sana, beberapa kapal terbang tentera dibina dibawah lesen, antara lain daripada [[F-104 Starfighter]] [[Lockheed]]. Kemudahan pengeluaran dan baik-pulih kedua didirikan di Woensdrecht.