Takara: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Epilepson (bincang | sumb.)
Mencipta laman, akan tambah esok.
 
Epilepson (bincang | sumb.)
Menyiapkan laman
 
Baris 14:
=== Perisian ===
Takara mencipta dan menerbitkan [[permainan video]]. Pada tahun 1990-an, Takara menerbitkan permainan video [[Chibi Maruko-chan]]. Syarikat itu memindahkan (menyesuaikan) beberapa permainan arked berasaskan Neo Geo SNK untuk konsol 8 dan 16 bit. Ini termasuk siri ''Fatal Fury'' dan ''Samurai Shodown''. Permainan tersebut dijual untuk digunakan dengan [[Sega Genesis]], [[Super Nintendo Entertainment System]], [[Game Boy]] atau [[Nintendo Entertainment System|Famicom]].
 
Pada tahun 2003, Takara menyumbang kepada penciptaan permainan Seek-and-Destroy. Takara menerbitkan siri permainan perlawanan [[grafik komputer 3D]], ''Battle Arena Toshinden,'' dicipta oleh Tamsoft. Pencipta permainan kecil seperti Tamsoft, BHE, E-game dan KID corp, kadang-kadang tidak dimasukkan dalam kepujian dalam pembungkusan atau skrin utama permainan Takara. Juga tahun tersebut, Takara membeli bahagian pengawalan dalam penerbit perisian didagang secara awam, [[Atlus Co.|Atlus]]. Beberapa hak Takara dilesen dan diterbit oleh Atlus.
 
Pada tahun 2006, selepas gabungan dengan Tomy, bahagian pengawalan dalam Atlus dijual kepada Index Holdings, pemegang saham utama Takara Tomy. Produk berjenama Takara seperti Licca-chan, Permainan Jinsei, Permainan Kehidupan dan Chro-Q dipulangkan ke bahagian perisian pengguna Takara Tomy. Syarikat bergabung tersebut juga menghasilkan [[Zoids]] dan siri [[Naruto]].
 
=== Produk hiburan kehidupan ===
Takara telah menghasilkan beberapa gadget pelik dijual sebagai "produk hiburan kehidupan". Sebuah contoh ialah BowLingual yang bertujuan untuk menterjemahkan bunyi anjing kepada bahasa manusia. BowLingual dinamakan sebagai salah satu penciptaan terbaik pada tahun 2002 oleh majalah [[Time (majalah)|''Time'']].<ref>[http://content.time.com/time/specials/packages/0,28757,1934259,00.html "Penciptaan terbaik tahun 2002"] ''TIME''</ref>
 
Pada tahun 2005, Takra menghasilkan Walkie-bits, sebuah robot penyu kecil yang berwarna dan melakukan pelbagai tugas. Ia dianugerahkan sebagai penciptaan terbaik dalam kategori robot majalah ''Time.''<ref>[http://content.time.com/time/magazine/article/0,9171,1129593,00.html "Penciptaan terbaik tahun 2005: Gila Robot"] ''TIME''</ref>
 
== Maskot syarikat ==
Pada tahun 1980-an, syarikat tersebut dikritik untuk mengguna sebuah maskot yang merupakan sebuah karakter menyerupai golliwog. Maskot itu dinamakan "Dakko-Chan" (ダッコちゃん).<ref>[http://content.time.com/time/magazine/article/0,9171,939182,00.html "Jepun: Keceleruan Dakkochan"] ''TIME''</ref> Takara menggantikan maskot tersebut dengan "Dakko-Chan Berwarna Abad Ke-21", yang mempunyai cukup ciri untuk merujukkan maskot asal tapi membuang ciri yang membawa kritikan.
 
== Gabungan ==
Pada 13 May 2005, Takara dan Tomy mengumumkan gabungan mereka. Ia dilaksanakan pada 1 Mac 2006. Di luar Jepun, nama rasmi syarikat digabung itu ialah "Syarikat Tomy Sdn. Bhd.", manakala di Jepun, nama sah syariakt ialah "K. K. Takara-Tomy" (株式会社タカラトミー ).
 
Dalam mencadang atas nama baru sayrikat bergabung itu, "Takara" digunakan untuk pengenalan jenama antarabangsanya dan "Tomy" digunakan di Jepun kerana ia sebuah jenama produk bayi dan tadika yang boleh dipercayai.
 
Walaupun undang-undang komersial Jepun membenarkan kepelbagaian dalam menterjemahkan nama korporat Jepun kepada bahasa rasmi yang lain, syarikat gabungan tersebut mengambil langkah yang anih dengan memakai nama "Syarikat Tomy Sdn. Bhd." sebagai nama rasmi dalam bahasa lain selain bahasa Jepun, manakala menggunakan "K. K. Takara-Tomy" (株式会社タカラトミー ) di Jepun.
 
Kedua-dua Takara dan Tomy memegang lesen untuk "menyenempatkan" dan mengeluar produk [[Hasbro]] di Jepun. Produk tersebut termasuk "Permainan Kehidupan", patung Blythe, [[Magic: The Gathering]], permainan kad [[Duel Masters]] oleh Takara dan [[Monopoly]], [[Furby]], [[Super Soaker]] dan [[Play-Doh]] oleh Tomy.
 
== Rujukan ==
<references />
[[Kategori:Syarikat Jepun]]
[[Kategori:Syarikat mainan Jepun]]