Astro Shaw: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 1:
Astro Shaw Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat produksi dan pengeluar filem terkemuka di [[Malaysia]] bersama-sama dengan [[Tayangan Unggul]]. Astro Shaw menumpukan terhadap penerbitan filem yang pelbagai dari segi format dan bahasa selain bersifat terbuka dalam meneroka genre dan tema yang berbeza. Di samping itu, Astro Shaw juga memperoleh dan mengedar filem untuk tayangan pawagam serta medium lain selain pawagam sama ada dalam mahupun luar negara. Selain itu, syarikat ini juga menyediakan perkhidmatan pemasaran untuk filem tempatan, serantau dan global bagi tayangan pawagam dan medium lain. Pada tahun 2018, hasil gabungan filem-filem terbitan Astro Shaw yang terkenal seperti [[Dukun (filem)|Dukun]], [[PASKAL (filem)|Paskal]], [[Hantu Kak Limah 3|Hantu Kak Limah]] dan [[Polis EVO 2|Polis Evo 2]], Astro Shaw telah berjaya mencapai kutipan kasar melebihi dari RM 100 Juta.{{Infobox Company
|name = Astro Shaw Sdn Bhd
|company_logo = Logo Astro Shaw.png
|type =
Baris 8:
|location =
|locations =
|key_people = <nowiki>Raja Jastina Arshad]]</nowiki><br>
|area_served =
|industry = [[Perfileman]]
Baris 30:
 
==Sejarah==
 
Ditubuhkan pada tahun 1996, Astro Shaw dan syarikat kelompoknya, [[Tayangan Unggul]] telah menghasilkan serta mengedarkan lebih daripada 80 filem yang merentasi pelbagai genre dalam [[Bahasa Melayu Klasik|Bahasa Melayu]], [[Bahasa Cina]], [[Bahasa Tamil]] serta [[Bahasa Indonesia]]. 7 daripada 10 filem tempatan yang mendapat kutipan tertinggi di Malaysia adalah merupakan filem yang dihasilkan oleh Astro Shaw. Pada tahun 2018, filem [[Hantu Kak Limah 3|Hantu Kak Limah]] telah memecahkan rekod kutipan filem tempatan apabila berjaya mendapat kutipan melebihi RM 30 juta. Sehingga hari ini, Astro Shaw telah memenangi lebih daripada 120 anugerah di festival filem peringkat tempatan serta antarabangsa. Baru-baru ini, filem terbitan Astro Shaw yang bakal ditayangkan pada Januari 2020, [[The Garden of Evening Mists]] telah dinominasikan dalam 9 kategori untuk Anugerah Golden Horses ke-56.
=== Astro Shaw dan Tayangan Unggul ===
Ditubuhkan pada tahun 1996 di bawah jenama Astro Shaw dan [[Tayangan Unggul]], tumpuan awalnya adalah untuk menggiatkan industri filem tempatan melalui pengeluaran filem yang berkualiti tinggi serta penceritaan yang baik. Astro Shaw mengeluarkan filem pertamanya pada tahun 1988 bertajuk [[Nafas Cinta]]. Filem yang dibintangi oleh [[Awie (penyanyi)|Awie]] itu menerima sambutan hangat semasa ditayangkan di pawagam. Nafas Cinta telah membuka jalan bagi Astro Shaw untuk mengembangkan usaha pengeluaran filem dan sejak tahun 2001, Astro Shaw telah mengeluarkan lebih 80 filem. Pada tahun 2010, Astro Shaw memperluaskan lagi jangkauannya dengan menghasilkan filem Bahasa Cina yang pertama bertajuk Woohoo. Semenjak itu, Astro Shaw telah menghasilkan 5 lagi filem bahasa Cina termasuk filem [[The Journey]] yang berjaya menggondol beberapa anugerah di [[Festival Filem Malaysia ke-27]] . Pada tahun 2014 pula, [[Maindhan]] menjadi filem Bahasa Tamil pertama keluaran Astro Shaw. Filem ini ditayangkan pada 9 Ogos 2014 di Malaysia, Singapura, dan Tamil Nadu. Ia mendapat pujian dari para pengkritik dan muncul sebagai filem Tamil tempatan yang mengutip kutipan boxoffice tertinggi di Malaysia sebelum gelaran itu diambil alih oleh filem [[Vedigundu Pasangge]] pada tahun 2018 yang turut dihasilkan oleh Astro Shaw.
 
==Filemografi==