Astro Shaw: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 33:
=== Astro Shaw dan Tayangan Unggul ===
Ditubuhkan pada tahun 1996 di bawah jenama Astro Shaw dan [[Tayangan Unggul]], tumpuan awalnya adalah untuk menggiatkan industri filem tempatan melalui pengeluaran filem yang berkualiti tinggi serta penceritaan yang baik. Astro Shaw mengeluarkan filem pertamanya pada tahun 1988 bertajuk [[Nafas Cinta]]. Filem yang dibintangi oleh [[Awie (penyanyi)|Awie]] itu menerima sambutan hangat semasa ditayangkan di pawagam. Nafas Cinta telah membuka jalan bagi Astro Shaw untuk mengembangkan usaha pengeluaran filem dan sejak tahun 2001, Astro Shaw telah mengeluarkan lebih 80 filem. Pada tahun 2010, Astro Shaw memperluaskan lagi jangkauannya dengan menghasilkan filem Bahasa Cina yang pertama bertajuk Woohoo. Semenjak itu, Astro Shaw telah menghasilkan 5 lagi filem bahasa Cina termasuk filem [[The Journey]] yang berjaya menggondol beberapa anugerah di [[Festival Filem Malaysia ke-27]] . Pada tahun 2014 pula, [[Maindhan]] menjadi filem Bahasa Tamil pertama keluaran Astro Shaw. Filem ini ditayangkan pada 9 Ogos 2014 di Malaysia, Singapura, dan Tamil Nadu. Ia mendapat pujian dari para pengkritik dan muncul sebagai filem Tamil tempatan yang mengutip kutipan boxoffice tertinggi di Malaysia sebelum gelaran itu diambil alih oleh filem [[Vedigundu Pasangge]] pada tahun 2018 yang turut dihasilkan oleh Astro Shaw.
 
=== Box Office ===
Pada tahun 2010 hingga 2013, filem yang menduduki carta sebagai filem tempatan yang mendapat kutipan paling tinggi di Malaysia hanya berkisar sekitar RM8 juta. Terdapat juga trend menurun dalam kutipan box office tempatan dari 2011 hingga 2013. Filem dengan kutipan paling tinggi pada tahun 2013 hanya berjaya mengutip sebanyak RM5.89 juta berbanding RM11.74 juta pada tahun 2011. Walaubagaimanapun, Astro Shaw berjaya mencipta sejarah dengan menaikkan tanda aras untuk filem-filem tempatan pada tahun 2014, dengan melepasi kutipan box office sebanyak RM15 juta melalui filem [[The Journey]] (RM17.28 juta). Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pengeluar Filem Malaysia, Zahrin Aris, The Journey telah meningkatkan penanda aras filem tempatan kepada RM 20 juta. The Journey juga merupakan filem pertama dan satu-satunya filem tempatan berbahasa Cina yang berjaya mengungguli carta box office tempatan pada tahun ia ditayangkan. Ini merupakan satu prestasi yang masih belum dicapai oleh syarikat pengeluaran filem yang lain di Malaysia.
 
Semenjak itu, pada tahun 2017, jumlah kutipan filem box office tempatan mencecah RM56.76 juta melalui tayangan 59 filem. Pada tahun 2018, terdapat kenaikan besar kepada sejumlah RM 170 Juta yang dikutip melalui 49 filem yang ditayangkan. Astro Shaw telah banyak menyumbang kepada peningkatan luar biasa ini dengan menjadi peneraju utama kepada tayangan filem box office tempatan pada tahun 2018 dengan lebih daripada 60% saham pasaran filem tempatan. Astro Shaw sahaja mempunyai kumulatif kutipan pecah panggung yang mengagumkan melebihi RM 103 juta melalui 4 filem blockbuster, antaranya Hantu Kak Limah (RM 38 Juta), Dukun (RM 12 Juta), Paskal (RM 30 Juta) dan Polis Evo 2 (RM 23 Juta)
 
Astro Shaw kini mendominasi industri filem Malaysia dengan menduduki 7 daripada 10 carta filem blockbuster yang mendapat kutipan paling tinggi sepanjang masa. Dengan mencapai RM38 juta melalui Hantu Kak Limah, ia menjadi filem tempatan pertama yang mengatasi kutipan boxoffice dengan jumlah sebanyak RM30 juta yang memecahkan rekod filem box office Malaysia.
 
==Filemografi==