Perbezaan antara semakan "Astro Shaw"

77 bait dibuang ,  8 bulan lalu
 
=== Box Office ===
Pada tahun 2010 hingga 2013, filem yang menduduki carta sebagai filem tempatan yang mendapat kutipan paling tinggi di Malaysia hanya berkisar sekitar RM8 juta. Terdapat juga trend menurun dalam kutipan box office tempatan dari 2011 hingga 2013. Filem dengan kutipan paling tinggi pada tahun 2013 hanya berjaya mengutip sebanyak RM5.89 juta berbanding RM11.74 juta pada tahun 2011. Walaubagaimanapun, Astro Shaw berjaya mencipta sejarah dengan menaikkan tanda aras untuk filem-filem tempatan pada tahun 2014, dengan melepasi kutipan box office sebanyak RM15 juta melalui filem [[The Journey]] (RM17.28 juta). Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pengeluar Filem Malaysia, Zahrin Aris, The Journey telah meningkatkan penanda aras untuk kutipan filem tempatan kepada RM 20 juta. The Journey juga merupakan filem pertama dan satu-satunya filem tempatan berbahasa Cina yang berjaya mengungguli carta box office tempatan pada tahun ia ditayangkan. Ini merupakan satu prestasi yang masih belum dicapai oleh syarikat pengeluaran filem yang lain di Malaysia.
 
Semenjak itu, pada tahun 2017, jumlah kutipan filem box office tempatan mencecah RM56.76 juta melalui tayangan 59 filem. Pada tahun 2018, terdapat kenaikan besar kepada sejumlah RM 170 Juta yang dikutip melalui 49 filem yang ditayangkan. Astro Shaw telah banyak menyumbang kepada peningkatan luar biasa ini dengan menjadi peneraju utama kepada tayangan filem box office tempatan pada tahun 2018 dengan lebih daripadamemiliki 60% saham pasaran filem tempatan. Astro Shaw sahaja mempunyai kumulatif kutipan pecah panggung yang mengagumkan melebihi RM 103 juta melalui 4 filem blockbuster, antaranya Hantu Kak Limah (RM 38 Juta), Dukun (RM 12 Juta), Paskal (RM 30 Juta) dan Polis Evo 2 (RM 23 Juta)
 
Astro Shaw kini mendominasi industri filem Malaysia dengan menduduki 7 daripada 10 carta filem blockbuster yang mendapat kutipan paling tinggi sepanjang masa. Dengan mencapai RM38 juta melalui Hantu Kak Limah, ia menjadi filem tempatan pertama yang mengatasi kutipan boxoffice dengan jumlah sebanyak RM30 juta yang memecahkan rekod filem box office Malaysia.
Pengguna awanama