Perbezaan antara semakan "Astro Shaw"

1,904 bait ditambah ,  7 bulan lalu
Astro Shaw kini mendominasi industri filem Malaysia dengan menduduki 7 daripada 10 carta filem blockbuster yang mendapat kutipan paling tinggi sepanjang masa. Dengan mencapai RM38 juta melalui Hantu Kak Limah, ia menjadi filem tempatan pertama yang mengatasi kutipan boxoffice dengan jumlah sebanyak RM30 juta yang memecahkan rekod filem box office Malaysia.
 
=== Pengiktirafan ===
==Filemografi==
KL Menjerit merupakan filem pertama keluaran Astro Shaw yang memenangi anugerah pada tahun 2003. Filem ini memenangi 8 kategori untuk [[Festival Filem Malaysia ke-16]] termasuk Filem Terbaik dan 2 lagi kategori semasa Anugerah Skrin TV3. Berikutan kejayaan KL Menjerit, Astro Shaw telah memenangi lebih daripada 170 anugerah dari festival filem tempatan dan antarabangsa. Filem keluaran Astro Shaw, The Journey dan Ola Bola dipilih untuk bertanding dalam Festival Filem Far East.
 
=== Perlaburan Filem Antarabangsa ===
Pelaburan Astro Shaw dalam penghasilan filem antarabangsa baru-baru ini telah mendapat pelbagai pujian kritis seperti filem arahan pengarah daripada Thailand, Apichatpong Weerasethakul, ''Cemetery of Splendor'', yang disiarkan di UN CertainRegard pada Festival Film Cannes 2015 dan memenangi Filem Terbaik di Pameran Filem Asia Pasifik ke-9. Selain itu, filem arahan Mouly Surya bertajuk ''[[Marlina the Murderer in Four Acts]],'' yang membuat debutnya di ''Director’s Fortnight section'' di Cannes. ''The White Girl'', filem Hong Kong yang diarahkan oleh Christopher Doyle dan Jenny Suen merupakan percubaan pertama Astro Shaw dalam filem-filem Asia Utara, turut bertanding di Festival Filem London 2017.
 
Paling terbaru, filem Astro Shaw yang akan ditayangkan pada Januari 2020, ''The Garden of Evening Mists'' telah dicalonkan dalam 9 kategori untuk Anugerah Golden Horses ke-56.
 
=== Pengembangan Perniagaan ===
Astro Shaw telah menceburi bidang pengeluaran filem dan merupakan pengedar filem dan pemasaran di Malaysia dan di peringkat antarabangsa. Filem kanak-kanak 2019 yang sangat berjaya BoBoiBoy Movie 2 telah diedarkan dan dipasarkan oleh Astro Shaw. Dengan memanfaatkan perkongsian serantau dan antarabangsa yang mantap, Astro Shaw terus mencari pasaran baharu untuk pengedaran filem Malaysia dan membantu filem antarabangsa memasuki pasaran Malaysia.
 
== Filem ==
 
=== Melayu ===
Pengguna awanama