Kenderaan utiliti sukan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Hezery99 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih iOS app edit
Baris 5:
'''Kenderaan utiliti sukan''' ('''SUV''') merupakan istilah [[pemasaran]] umum bagi kenderaan yang menyerupai sebuah [[kereta estet]] tetapi dibina menggunakan casis [[lori]] ringan.<ref>{{cite web|url=http://www.merriam-webster.com/dictionary/sport-utility+vehicle |title=sport-utility vehicle |year=2010 |publisher=Merriam-Webster Online Dictionary |accessdate=2010-11-17 }}</ref> Ia biasanya dilengkapi [[pacuan empat roda]] bagi keupayaan di atas dan luar jalan raya, serta dengan keupayaan untuk digunakan sebagai [[kenderaan luar jalan raya]]. Tidak semua kenderaan pacuan empat roda diistilahkan sebagai SUV. Sesetengah SUV menyertakan keupayaan menunda seperti pada [[lori pikap]] dengan ruang penumpang seakan [[Kenderaan Serba Guna|MPV]] atau [[sedan]] besar. Memandangkan SUV dianggap sebagai [[lori ringan]] serta berkongsi pelantar dengan lori pikap, peraturan yang dikenakan juga kurang ketat berbanding kereta di bawah dua undang-undang di [[Amerika Syarikat]], iaitu Akta Pemulihan dan Dasar Tenaga bagi [[kecekapan bahan api|penggunaan bahan api]], dan Akta Udara Bersih bagi keluaran asap.<ref>{{cite web|last=Yacobucci |first=Brent D. |url=http://ncseonline.org/nle/crsreports/03May/RS20298.pdf |title=Sport Utility Vehicles, Mini-Vans, and LightTrucks: An Overview of Fuel Economy and Emissions Standards |publisher=CRS Report for Congress |date=2003-04-17|accessdate=2010-11-16 }}</ref>
 
Istilah ini tidak digunakan di semua negara, dan di luar Amerika Utara istilah seperti "kenderaan luar jalan raya", "pacuan empat roda" (termasuk kependekan "4WD" atau "4x4") atau sekadar menggunakan jenama seperti "[[Jeep]]", "[[Land Rover]]" atau "[[Mitsubishi Pajero|Pajero]]" adalah lebih lazim. Namun, tidak semua SUV ada keupayaan pacuan empat roda, dan tidak semua kenderaan pacuan empat roda adalah SUV. Sementara pengeluar kereta sering mengiklankan keupayaan juarLuar jalan raya pada SUV keluaran masing-masing, kebanyakan penggunaan SUV lebih tertumpu kepada jalan raya berturap serta kawasan bandar.
 
Asalnya sangat popular pada lewat 1990an dan awal 2000an, populariti SUV mula merosot berikutan harga minyak yang tinggi serta ekonomi yang merudum. SUV tradisional berasaskan lori kini digantikan dengan [[SUV pindah silang]] yang menggunakan pelantar [[kereta]] supaya lebih ringan dan lebih [[kecekapan bahan api|jimat minyak]] (contohnya [[Honda CR-V]] yang dibina menggunakan pelantar [[Honda Civic]]), susulan kritikan terhadap SUV.