Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Muhammad Roslee (bincang | sumb.)
Muhammad Roslee (bincang | sumb.)
Baris 106:
Pada zaman ini pasukan bola sepak memperlihatkan peningkatan satu generasi pemain lagenda, diketuai oleh penyerang kilat [[Mokhtar Dahari]], pasangan pertahanan [[Santokh Singh]] dan [[Soh Chin Aun]] (dikenali sebagai pasangan pertahanan terbaik di Asia pada 70-an) dan [[R. Arumugam]], digelar sebagai "Spiderman" kerana ketangkasannya menjaga gawang gol.
 
Selepas itu, Malaysia sekali lagi layak ke [[Sukan Olimpik Moscow 1980|Sukan Olimpik 1980]] di [[Moscow]] di mana munculnya gandingan [[Hassan Sani]] dan [[James Wong]] tetapi kerajaan Malaysia memboikot Sukan Olimpik 1980 kerana membantah pencerobohan [[Kesatuan Republik Sosialis Soviet|Kesatuan UnionSoviet]] ke atas [[Afghanistan]]. Ini menyebabkan pasukan bola sepak Malaysia tidak dapat beraksi pada kejohanan tersebut. Namun pasukan kebangsaan masih lagi dapat menghasilkan pemain berkualiti seperti "pemain pertama menjadi pemain pertahanan "overlapping" di dunia, [[Serbegeth Singh]] (atau [[Shebby Singh]] seperti dikenali sekarang), [[Zainal Abidin Hassan]], [[Dollah Salleh]] dan [[Lim Teong Kim]] yang telah bermain untuk [[Hertha Berlin]] di [[Jerman]] pada tahun 1988.<ref>[http://thestar.com.my/sports/story.asp?file=/2007/7/20/sports/18359627&sec=sports "Teong Kim says sad state of affairs due to lack of infrastructure", TheStar.com, 20 Julai 2007.]</ref>
 
Kegemilangan dan kecemerlangan pasukan ini dilihat terhenti bagai runtuhnya sebuah bangunan kad pada 1994 kerana berlakunya rasuah terbesar yang melanda bola sepak Malaysia.{{fact}} Ramai tonggak utama pasukan Malaysia yang terlibat di dalam skandal rasuah. Ada juga pemain berprofil tinggi seperti [[Azman Adnan]] dan [[Khairul Azman Mohamed]] memberi kesinambungan kepada pasukan bola sepak kebangsaan, tetapi masih tidak dapat menyaingi kehandalan pemain-pemain sebelum mereka.