Perbezaan antara semakan "Astro Shaw"

1,050 bait ditambah ,  10 bulan lalu
'''Astro Shaw Sdn Bhd''' merupakan salah satu peneraju utama industri perfileman Malaysia. Terkenal dengan pendekatan yang bersifat inovatif serta mempelopori trend filem tempatan dalam menghasilan filem yang mampu menyentuh hati para penonton.
Astro Shaw Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat produksi dan pengeluar filem terkemuka di [[Malaysia]]. Astro Shaw menumpukan terhadap penerbitan filem yang pelbagai dari segi format dan bahasa selain bersifat terbuka dalam meneroka genre dan tema yang berbeza. Di samping itu, Astro Shaw juga memperoleh dan mengedar filem untuk tayangan pawagam serta medium lain selain pawagam sama ada dalam mahupun luar negara. Selain itu, syarikat ini juga menyediakan perkhidmatan pemasaran untuk filem tempatan, serantau dan global bagi tayangan pawagam dan medium lain. Pada tahun 2018, hasil gabungan filem-filem terbitan Astro Shaw yang terkenal seperti [[Dukun (filem)|Dukun]], [[PASKAL (filem)|Paskal]], [[Hantu Kak Limah 3|Hantu Kak Limah]] dan [[Polis EVO 2|Polis Evo 2]], Astro Shaw telah berjaya mencapai kutipan kasar melebihi dari RM 100 Juta.{{Infobox Company
 
Astro Shaw telah menghasilkan banyak filem untuk pasaran tempatan dan serantau selain terus berkembang dalam perlaburan filem antarabangsa. Ia juga menyediakan servis pemasaran serta pengedaran menyeluruh untuk tayangan pawagam serta platform lain di Malaysia mahupun luar negara.
 
Astro Shaw kini mendominasi industri filem Malaysia dengan menduduki 7 daripada 10 carta filem blockbuster tempatan yang mendapat kutipan paling tinggi sepanjang masa. Filem [[Hantu Kak Limah (siri filem)|Hantu Kak Limah]] telah berjaya memecahkan rekod kutipan box office Malaysia apabila berjaya mengutip sebanyak lebih daripada RM 30 Juta. Pada tahun 2018 sahaja, Astro Shaw mencapai kutipan box office melebihi RM 100 Juta melalui filem-filem terkenal seperti [[Dukun (filem)|Dukun]], [[PASKAL (filem)|Paskal]], [[Hantu Kak Limah (siri filem)|Hantu Kak Limah]] dan [[Polis EVO 2|Polis Evo 2]].
 
Selaku rakan kongsi utama pengedar dan pemasaran filem, Astro Shaw telah mengedar serta memasarkan filem animasi terbesar pada tahun 2019, [[BoBoiBoy Movie 2]] dengan jayanya.
 
Sebagai pendahulu dan pemimpin barisan hadapan industri filem tempatan, Astro Shaw sentiasa bersedia dalam pencarian bakat tempatan serta pencerita. Melalui program ''writers' room'' yang diketuai oleh Anwari Ashraf, pihak Astro Shaw sentiasa dalam usahanya untuk membangunkan serta menggabungkan idea beserta naratif untuk lakon layar yang komersial dan menghiburkan. Filem keluaran tahun 2019, [[Pusaka (filem 2019)|Pusaka]] filem pertama seumpanya yang pernah dihasilkan yang menggabungkan genre penyiasatan serta seram, merupakan filem hasil program ''writers' room'' oleh Astro Shaw.{{Infobox Company
|name = Astro Shaw Sdn Bhd
|company_logo = Logo Astro Shaw.png
Pengguna awanama