Perbezaan antara semakan "Astro Shaw"

2 bait ditambah ,  7 bulan lalu
'''Astro Shaw Sdn Bhd''' adalah salah satu studiosyarikat filemperfileman yang merupakan peneraju utama industri perfileman Malaysia. Terkenal dengan pendekatan yang bersifat inovatif serta merupakan pelopor trend filem tempatan, Astro Shaw telah banyak menghasilkan filem yang berjaya menyentuh hati para penonton.
 
Kebanyakan filem yang dihasilkan oleh Astro Shaw sesuai untuk pasaran tempatan dan serantau. Ia juga terus berkembang kukuh dengan melibatkan diri dalam pelaburan filem antarabangsa. Astro Shaw juga menyediakan servis pemasaran serta pengedaran filem secara menyeluruh untuk tayangan pawagam serta platform lain di Malaysia mahupun luar negara.
 
=== Box Office ===
Sekitar tahun 2010 hingga 2013, filem yang menduduki carta sebagai filem tempatan yang mendapat kutipan paling tinggi di Malaysia hanya berkisar sekitar RM8 juta. Walaubagaimanapun, pada tahun 2014, Astro Shaw berjaya mencipta sejarah dan telah menaikkan tanda aras untuk filem-filem tempatan dengan melepasi aras kutipan pada aras RM15 juta melalui filem [[The Journey]] (RM17.28 juta). The Journey merupakan filem pertama dan satu-satunya filem tempatan berbahasa Cina yang berjaya mengungguli carta ''box office'' tempatan pada tahun ia ditayangkan. Ini merupakan satu prestasi yang masih belum dicapai oleh syarikat pengeluaranpenghasilan filem lain di Malaysia.
 
Manakala pada tahun 2018, terdapat kenaikan besar dalam kutipan ''box office'' tempatan kepada sejumlah RM 170 Juta melalui kutipan daripada 49 buah filem yang ditayangkan. Astro Shaw menjadi peneraju utama yang menyumbang kepada peningkatan luar biasa ini dengan memegang sebanyak 60% saham pasaran filem tempatan. Astro Shaw sahaja mempunyai kumulatif kutipan ''box office'' yang mengagumkan melebihi RM 103 juta yang diperoleh melalui 4 filem ''blockbuster'', antaranya Hantu Kak Limah (RM 38 Juta), Dukun (RM 12 Juta), Paskal (RM 30 Juta) dan Polis Evo 2 (RM 23 Juta).
 
=== Perlaburan Filem Antarabangsa ===
Pelaburan Astro Shaw dalam penghasilan filem antarabangsa telah mendapat pujian pelbagai pihak. Sebagai contoh, filem arahan pengarah daripada Thailand, Apichatpong Weerasethakul, ''Cemetery of Splendor'', yang ditayangkan di ''Un Certain Regard,'' salah satu seksyen Festival Film Cannes 2015 telah berjaya memenangi Filem Terbaik di Pameran Filem Asia Pasifik ke-9. Selain itu, filem arahan Mouly Surya, pengarah daripada Indonesia yang bertajuk [[Marlina the Murderer in Four Acts|Marlina Si Pembunuh Dalam 4 Babak]] membuat debutnya di ''Director’s Fortnight Section'' di Cannes. Manakala, ''The White Girl'', filem Hong Kong yang diarahkan oleh Christopher Doyle dan Jenny Suen merupakan percubaan pertama Astro Shaw untuk menapak di dalam industri perfileman Asia Utara, dan filem tersebut dipertandingkan dalam Filem Festival Filem London pada tahun 2017.
 
Paling terbaru, filem Astro Shaw yang akan ditayangkan pada Januari 2020, ''The Garden of Evening Mists'' telah dicalonkan dalam 9 kategori untuk Anugerah Golden Horse ke-56.
Pengguna awanama