Nnoitra Jiruga: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Piecemealcranky (bincang | sumb.)
Piecemealcranky (bincang | sumb.)
Baris 13:
 
== Watak dan Perwatakan ==
Nnoitra merupakan Espada ke limakelima, dibuktikan dengan tatu "5" di lidahnya, menjadikan Nnoitra arrancar kelima terkuat di bawah arahan Aizen. Dia merupakan seorang lelaki yang tinggi lampai; ketinggiannya melebihi [[Sado Yasutora]] dengan sekurang-kurangnya setengah kaki (walaupun sedang membongkok).<ref>Manga ''Bleach''; bab 261, halaman 19.</ref> Dia mempunyai rambut panjang berwarna hitam dan seringkali mengukir senyuman yang lebar di wajahnya. Dia memakai satu penutup mata, tiga pasang gelang di kedua-dua belah pergelangan tangan, dan pakaian arrancar Nnoitra terdiri daripada sejenis hud berupa sudu, meskipun sebelumnya, dia hanya mempunyai kolar yang biasa. Peninggalan topeng dan lubang [[Hollow]] tidak kelihatan di tubuhnya.
 
Nnoitra bersikap kurang ajar dan bermulut celupar, ditonjolkannya dengan matanya yang berupa ular dan gelarannya terhadap [[Inoue Orihime]], iaitu "pet-sama".<ref>Manga ''Bleach''; bab 249, halaman 6.</ref> Dalam imbasan kembali yang menunjukkannya sebagai Espada ke-8, dia merupakan seorang yang mempercayai [[cauvinisme]] kerana dia sentiasa cuba meletakkan golongan wanita yang dianggap lebih "berkuasa" daripada lelaki, di kedudukan yang lebih rendah daripada yang lain, misalnya seperti [[Hollow dalam Bleach#Neliel Tu Oderschvank|Nel Tu]]. Meskipun pada awalnya Nnoitra kelihatan ganas yang kurang peduli akan lawannya, dia tidak mempunyai hasrat untuk membunuh mereka yang dianggapnya lemah, kerana berbuat demikian tidak dapat membuktikan kekuatannya sebagai Espada yang terhandal.<ref>Manga ''Bleach''; bab 263, halaman 5.</ref> Namun begitu, dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk bertarung dengan musuh kuat yang tercedera ataupun kepenatan.