Universiti Islam Antarabangsa Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Nurgirl13 (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Baris 19:
[[File:Iium bridge.JPG|thumb|Universiti Islam Antarabangsa Malaysia]]
 
'''Universiti Islam Antarabangsa Malaysia''' ([[Bahasa Arab|Arab]]: الجامعة الإسلامية العالمية ماليزيا) merupakan salah sebuah universiti yang agak selalu diperkatakan di [[dunia]] [[Islam]]. IniHal ini demikian kerana antara tujuan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ditubuhkan ialah untuk menghidupkan kembali konsep pembelajaran secara Islam dan meluaskan bidang pilihan kepada umat Islam dalam pengajian peringkat tinggi. Maka tidak hairanlah sebahagian daripada kos permulaan UIAM ini ditaja oleh Pertubuhan Kerjasama Islam ([[OIC]]) dan beberapa negara Islam.
 
Cadangan untuk menubuhkan universiti ini lahir pada awal tahun 1982, apabila [[Perdana Menteri]] [[Malaysia]] ketika itu, [[Mahathir bin Mohamad|Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad]], mengarahkan [[Kementerian Pendidikan]] untuk merancang dan menubuhkan Universiti Islam di Malaysia. Setelah dipersetujui kabinet, UIAM telah ditubuhkan secara rasmi pada 10 [[Mei]] 1983. Presiden pertamanya, Tun Hussein Onn telah dilantik pada 16 [[September]] tahun yang sama.